Sunday, 17 June 2012

SIHAT CARA RASULULLAH SAW

Photobucket
Ada 4 panduan utama yang diamalkan Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan sehingga 63 tahun hayat beliau hanya demam/jatuh sakit beberapa kali sahaja..
  1. Pencegahan penyakit dengan senaman. Rasulullah SAW selalu melakukan senaman seperti aktiviti berenang, memanah, menunggang kuda dan bergusti untuk menjaga kesihatan beliau supaya sistem organ tubuh beliau sentiasa mantap dan sihat.
  2. Tidak mengambil makanan beracun/haram. Pemilihan makanan yang tidak mengandungi unsur racun dan kandungan merbahaya serta 100% halal amatlah penting,tidak seperti umat islam sekarang yang suka mengambil sumber yang ada unsur-unsur toksid/racun seperti tabiat merokok dan sebagainya.
  3. Mengambil makanan yang bergizi dan berkhasiat. Rasulullah SAW kerap mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi dalam kesihatan seperti telur, madu, kambing, daging, ayam, susu, kurma, buah tin, minyak zaitun dalam rutin makanan seharian beliau.
  4. Membuang toksid/racun dari badan dengan Al Hijamah. Rasulullah SAW berbekam sebulan sekali iaitu pada tanggal 17/19/21 kalendar islam,dengan amalan berbekam menjadikan tubuh beliau semakin sihat, ringan dsan kuat untuk beliau sentiasa aktif dalam segala aktiviti dakwah/berperang dengan musuh.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

No comments:

Post a Comment