Seperti yang saya nyatakan dahulu, kaedah rawatan gangguan jin mengikut hadis perubatan Rasulullah SAW ada 4 perkara utama :-
- Pesakit gangguan jin perlu dirawat dengan kaedah bacaan Al-Quran, minum air yang dibacakan Al Quran dan mandi air yang dibacakan Al-Quran juga.
- Pesakit gangguan jin juga perlu makan/menggunakan herba sunnah seperti makan kurma ajwa, sapukan minyak zaitun di tempat yang sakit, minum madu dan makan habbatus sawda.
- Pesakit gangguan jin juga perlu mendapatkan rawatan AL HIJAMAH ataupun bekam sunnah, berbekam ditengkuk/kepala ataupun ditempat yang sakit bagi mengeluarkan racun/endapan sihir.
- Pesakit juga perlu membaca ayat perlindungan sebanyak mungkin setiap hari seperti amalan membaca Kursi ataupun 3 Qul.
Kesimpulannya adalah tidak tepat jika pesakit gangguan jin hanya
menjalani terapi ruqyah sahaja tapi tidak pernah berbekam, tidak
hairanlah pesakit gangguan jin menderita bertahun-tahun lamanya, jadi
untuk kesembuhan maksimum pesakit gangguan jin perlu menjalani 4 kaedah
rawatan yang saya sebutkan diatas tadi iaitu termasuk berbekam sunnah.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:
Post a Comment