Alhamdulillah kita masih mampu melihat segala yang ada di dunia ini
dengan mata kasar. Selagi masih boleh digunakan dengan baik, maka
eloklah digunakan ke arah yang positif; melihat benda-benda yang
membangkitkan semangat, menimbulkan keinsafan dan mendekatkan diri
dengan Allah s.w.t.
Mata mempunyai kaitan dengan anggota-anggota badan yang lain. Mata
memainkan peranan yang lebih penting kerana melaluinya tangan dan kaki
contohnya, tergerak melakukan sesuatu.
Ucapkanlah 'ALHAMDULILLAH' kepada Allah kerana Dia telah kurniakan satu
nikmat yang besar kepada kita. Dengan adanya mata dan penglihatan, kita
masih boleh memandu ke tempat kerja, melakukan kerja-kerja seharian
tanpa banyak bantuan dari orang lain dan sebagainya.
Bagaimana untuk mencerahkan mata kita?
- Minumlah air karot yang mengandungi mineral yang baik untuk kesihatan mata.
- Lihatlah alam yang berwarna hijau seperti kawasan pergunungan dan pokok-pokok.
- Melihat Al-Quran dan membacanya pula baik untuk mendapatkan pahala dari amalan mata.
- Elakkan memandang ke arah perkara-perkara maksiat yang mendatangkan dosa.
- Amalan berbekam di atas pelipis mata boleh membantu penglihatan mata yang kabur untuk pulih. Kesan lebam akan hilang dalam tempoh 3-5hari atau 5-7hari bergantung kepada kulit individu itu sendiri.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu
minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay).
Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih
Al-Bukhari
No comments:
Post a Comment