Thursday, 21 June 2012

JENIS-JENIS RAWATAN BEKAM

Terdapat 2 jenis kaedah bekam iaitu bekam kering atau dikenali sebagai bekam angin dan bekam basah atau dikenali sebagai bekam darah.

BEKAM KERING/BEKAM ANGIN:
 
Bekam kering atau bekam angin adalah rawatan bekam yang menyedut pada permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang yang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah akan menggunakan kaedah ini.  Rawatan bekam ini juga sesuai kepada kanak-kanak, kepada orang yang terlalu lemah badannya, ibu-ibu mengandung dan orang tua yang sudah uzur. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan akan hilang kesannya selepas 2 atau 3 hari berikutnya.

BEKAM BASAH/BEKAM DARAH:

Bekam basah atau bekam darah adalah rawatan bekam yang dilakukan dengan menggunakan jarum dan pen khas dan ditusukkan pada permukaan kulit.  Darah toksik akan dikeluarkan dengan menggunakan alat pam bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara 3 - 5 minit dan akan dilakukan sebanyak 2 kali proses bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.  Semasa proses rawatan bekam darah dilakukan angin kotor juga akan turut keluar. Ini dapat dikenalpasti melalui wap pada permukaan alat bekam ataupun darah toksik yang keluar akan berbuih.

Proses rawatan bekam ini selalunya mengambil masa dari 30 - 40 minit mengikut jumlah cup yang digunakan.  Mereka yang berbekam dinasihat agar tidak mandi sekurang-kurangnya 1 - 3 jam selepas berbekam.

CAJ RAWATAN BEKAM KERING/BEKAM ANGIN = RM3/CUP
CAJ RAWATAN BEKAM BASAH/BEKAM DARAH = RM5/CUP

Sabda RASULULLAH SAW: "Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay).  Sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan kay" Hadis Sahih Al-Bukhari.

No comments:

Post a Comment