Monday 18 June 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT ASMA


Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun, ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.

Gejala awal penyakit  asma adalah sesak nafas, sakit dada, batuk dan bunyi seperti wisel apabila menghembuskan nafas. Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan seperti rangsangan alergen, alergic pada bulu binatang peliharaan, akibat pencemaran udara, perubahan cuaca yang sejuk dan senaman yang keterlaluan.

Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.

Anda disarankan untuk membuat rawatan bekam di belakang badan sebanyak 12 point. Rawatan bekam ini baik untuk penderita asma. Ia boleh melancarkan peredaran darah, untuk melonggarkan pernafasan dan untuk meningkatkan daya tahan tubuh badan.

Caj rawatan ialah RM60.00

Harus dipastikan bahawa ginjal anda dalam keadaan sihat sebelum dibekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

No comments:

Post a Comment