Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor, ada berkata, dalam setiap tubuh
manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi
kita mengikut telunjuk mereka.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut beliau lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
18 sebab jin merasuk manusia iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam,
hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak
menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat
anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung
ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan
dengan gangguan makhluk halus selain kurang berzikir dan malas
bersolat. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah
anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan
di atas, maka anda sedang terkena gangguan jin. Segeralah berjumpa PERAWAT
ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah ataupun Berbekam.
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
No comments:
Post a Comment