- Bilik bekam yang bersuhu panas lebih baik dari bilik bekam yang bersuhu sejuk kerana pengeluaran darah kotor bekam adalah maksimum.
- Teknik urutan pada titik yang ingin dibekam juga mampu melancarkan pengeluaran darah kotor bekam.
- Waktu berbekam ketika pertengahan bulan Islam/bulan mengambang penuh amat baik kerana darah kotor membuak naik di permukaan kulit, secara tak langsung banyak darah kotor dikeluarkan semasa proses berbekam.
- Berbekam ketika perut sedang kosong adalah lebih baik kerana darah toksid yang keluar agak banyak kerana darah kotor tersebut mewakili keseluruhan toksid badan.
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
No comments:
Post a Comment