Tuesday 26 February 2013

17 RABI'UL AKHIR 1434H TARIKH SUNNAH - SILA HUBUNGI UNTUK TEMUJANJI

  
Khamis ini 28 Februari 2013 jatuh pada 17 Rabi'ul Akhir 1434H adalah antara tarikh bekam sunnah mengikut kalender Islam.  

Bagi mereka yang inginkan temujanji sila hubungi kami Jurubekam Wanita/Lelaki seperti di bawah:
  1. Pn Nott/019-285 2849 @ Muallij Ahmad/019-307 9883 - Section 7, Shah Alam.
  2. Pn Fatin/017-625 3146 @ Muallij Zali/012-346 3416- Taman Dato Haron, Petaling Jaya.
  3. Pn Mimi/017 684 5026 @ Muallij Aswat/017-209 2307 - Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. 
  4. Pn Ana/017-424 0064 @ Muallij Shazry/017-403 4940 - Sungai Petani, Kedah.
Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

HABBATUS SAUDA' BAIK UNTUK LANCARKAN HAID


  
Bagi kaum wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur bolehlah dapatkan khidmat bekam dengan jurubekam wanita kami di cawangan-cawangan yang ada disediakan.  Selain berbekam, anda digalakkan untuk mengambil Habbatus Sauda' sebagai amalan dan InsyaAllah masalah anda akan dapat diatasi.

Habbatus Sauda' atau nama lainnya Jintan Hitam, Black Seed, Nigella Sativa.  Ibnul Qayyim mengakui bahawa Habbatus Sauda bermanfaat untuk penyakit demam dan batuk.  Jika dicampurkan dengan madu lebah amat baik untuk melancarkan perjalanan haid dan mengatasi masalah kekurangan air susu ibu.  Ia juga baik untuk membuang kahak serta mampu mengatasi masalah demam panas.

Harga: RM15/sekotak/24 kapsul

"Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda, kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (mati)..." Hadis Riwayat Al-Bukhari.

PANDUAN KESIHATAN WARGA EMAS

Bagi WARGA EMAS tidak digalakkan berbekam darah selalu disebabkan faktor usia yang sudah lanjut.  Selain itu, masalah kulit yang sudah semakin kendur akan menyukarkan lagi proses berbekam.  Oleh demikian, KELUARGA warga emas haruslah prihatin terhadap pemakanan harian mereka demi mejaga kesihatan.
  • Kurangkan makan pada waktu malam.
  • Jangan tinggalkan sarapan pagi.
  • Kerap makan hidangan berkukus atau stim.
  • Kurangkan sayur yang dimasak, sebaliknya makan yang dicelur sahaja.
  • Kurangkan garam dan elakkan makan ikan masin.
  • Jangan tambah serbuk perisa atau kiub perisa dalam masakan anda.
Makan sekadar alas perut sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW iaitu berhenti makan sebelum kenyang.

BERBEKAM MENCEGAH PENYAKIT HATI

   
Berbekam juga baik untuk mengelakkan penyakit hati.   Anda digalakkan untuk berbekam di dada dan di pankreas pada setiap 3 bulan sekali bagi mencegah penyakit hati terjadi.  
TANDA-TANDA PENYAKIT HATI
  • Merasa senak dan tidak selesa di bahagian atas abdomen (perut) kanan
  • Mual dan loya
  • Hilang selera makan
  • Mata dan kulit menjadi kuning
  • Lemah tubuh badan
  • Demam
  • Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang tidak normal
  • Warna najis yang pucat
Punca-punca penyakit hati perlu dikesan dari awal supaya rawatan dapat dimulakan dengan segera dan mengelakkan kerosakan hati yang lebih teruk.   Dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Wednesday 20 February 2013

BERBEKAM PENTING UNTUK TINGKATKAN KECERGASAN DAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR


   
Jika kita boleh bekerja keras tetapi tidak boleh bertahan untuk jangka masa yang panjang, itu bermakna anda tidak mendapat bekalan tenaga yang cukup.  Jantung, darah dan paru-paru anda tidak efisyen.  Sekiranya darah dapat dibekalkan dengan oksigen secara sempurna dan jantung kuat untuk mengepam darah terserbut ke seluruh badan, anda akan mempunyai kecergasan dan daya tahan kardiovaskular.

Rawatan bekam baik untuk peningkatan daya tahan kardiovaskular anda. Dengan berbekam dapat mengeluarkan darah kotor yang terhasil daripada pemakanan harian kita.  Darah kotor yang keluar selalunya berwarna kehitaman, bertali, berlendir atau berbuih.  Selain itu, masalah seperti angin turut dapat diatasi apabila cup bekam yang dibekam berwap atau darah berbuih.  Darah kotor yang keluar mengandungi urid acid, lemak, kolesterol, toksin dan angin.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI...


Bagi mereka yang ternanti-nantikan minggu berbekam sunnah pada 17, 19 dan 21 kalender Islam, sila hubungi jurubekam lelaki dan jurubekam wanita kami untuk sebarang pertanyaan dan temujanji bekam anda.


28 Februari 2013 = 17 Rabi'ul Akhir 1434H (Khamis)
2 Mac 2013 = 19 Rabi'ul Akhir 1434H (Sabtu)
4 Mac 2013 = 21 Rabi'ul Akhir 1434H (Isnin)

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.    

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: 
"Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Tuesday 12 February 2013

BEKAM KECANTIKAN: BANTU WAJAH KUSAM KEMBALI BERSERI

MINGGUAN WANITA BIL: 1526 PP4404/07/2013(033272)
15 - 21 FEBRUARI 2013 / 04 - 10 RABIULAKHIR 1434 H
KELOLAAN: INTAN ROHAIZAT ZAKARIYA
FOTO: MOHD NASARUDIN TALKAH
LOKASI: PUSAT TERAPI SYIFA, 13B JALAN PLUMPUM Q7/Q, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR

BEKAM KECANTIKAN: Bantu Wajah Kusam Kembali Berseri
Stres, penat, pencemaran dan kesibukkan antara faktor menyebabkan wajah wanita menjadi kusam serta lesu.  Wajah sebegini sedikit sebanyak membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan kurang bersemangat.  Sudah semestinya, ia juga memberi gambaran imej yang tidak begitu baik kepada orang di sekeliling.  Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba bekam kecantikan.  Rawatan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan kesannya amat memuaskan.

Seorang jurubekam wanita di Pusat Terapi Syifa, Noor Faizah Ismail, 33, memberitahu rawatan bekam kecantikan dikatakan dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kulit wajah.  Antaranya jerawat, resdung dan wajah yang kusam.  Selain itu, rawatan ini dikatakan amat sesuai dilakukan buat bakal pengantin kerana ia dapat menaikkan seri dan membuatkan wajah lebih bersih menjelang hari bahagia.

"Rawatan ini boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke atas.  Pelanggan dinasihatkan berpuasa satu hingga dua jam sebelum melakukan rawatan.  Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor semaksimum yang boleh dan tubuh dapat fokus sepanjang rawatan.  Pengambilan makanan menyebabkan tubuh kita sibuk menghadam makanan dan mengganggu proses pengeluaran darah kotor.

Ada banyak faktor menyebabkan darah kotor, antaranya pengambilan makanan berlebihan, tabiat makanan tidak sihat seperti suka makanan berminyak, alahan kepada kekacang atau makanan laut, alahan kepada produk kecantikan, stres dan resdung.  Selain rawatan, kami juga memberi informasi agar pelanggan boleh elakkan amalan yang tidak sihat," katanya.

Dalam temubual itu, Noor Faizah atau mesra dengan sapaan Nott menasihati pelanggan mendapatkan rawatan bekam pada hari cuti serperti hujung minggu atau cuti seperti hujung minggu atau cuti panjang.  Katanya, selepas berbekam kesan di bahagian muka pelanggan akan mengambil masa berbeza-beza untuk beransur pulih seperti sediakala.

"Ada yang pulih selepas tiga hingga lima hari, paling lama pun tujuh hari sahaja.  Setiap orang kesannya berbeza mengikut tahap serius masalah yang dihidapi.  Pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman yang berkafein dan mengurangkan pengambilan makanan laut, daging, ayam, belacan, makanan berminyak, bersantan serta bergoreng sekiranya mahu rawatan ini berkesan."

Langkah demi langkah rawatan bekam wajah

Rawatan ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.  Berikut adalah langkah demi langkah rawatan bekam kecantikan wajah.
  1. Wajah pelanggan akan disapukan dengan sedekit minyak zaitun supaya kulit menjadi lembut dan dapat mengelakkan rasa pedih ketika dibekam.
  2. Bahagian muka yang bermasalah akan diletakkan cup bekam yang telah disteril terlebih dahulu.  Cup akan di pam beberapa minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
  3. Cup akan dibuka dan kulit muka dicucuk dengna pen bekam yang menggunakan jarum pakai buang.
  4. Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor.  Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara tiga hingga lima minit.  Rarah kotor yang keluar selalunya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih.
  5. Langkah 1 hingga 4 akan diulang sekali lagi bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang maksimum.
Apa kata pelanggan (Wan Ashmaliana Wan Abdullah, 27)
..."Saya mengalami masalah kulit wajah berjerawat, selepas melakukan bekam kecantikan kulit beransur licin.  Wajah dan badan juga berasa lebih segar serta ringan.  Saya gembira dengan hasilnya dan akan terus melakukan rawatan bekam."...

Tip
  1. Pelanggan hanya boleh makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam.  Ia bagi merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka dariapda berasa pedih. 
  2. Pelanggan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan rawatan bekam.
Kelebihan bekam kecantikan
  1. Menaikkan seri wajah
  2. Mengatasi masalah wajah kusam
  3. Menghilangkan kelesuan
  4. Membantu mengatasi masalah jerawat
  5. Membantu merawat masalah resdung
  6. Dikatakan mampu membuatkan pelanggan lebih fokus kepada pelajaran, kerjaya mahupun rumahtangga.

Sunday 10 February 2013

RAWATAN BEKAM ATAU RAWATAN AURA SERI ATASI KEMURUNGAN


Tahukah anda mereka yang tidak memiliki sahabat rapat, kemurungan atau suka menyendiri dipercayai mempunyai kualiti kesihatan yang rendah.  Mereka cenderung mengalami radang kronik yang berhubung kait dengan penyakit jantung dan pembuluh darah, arthritis dan Alzheimer.  Kesunyian bakal membentuk pola tertentu pada aktiviti gen yang mana dapat melemahkan imunisasi badan.  

Segeralah datang dapatkan rawatan bekam ataupun rawatan aura seri.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi
PERCUMA 1 botol toner aura seri, TERHAD di Shah Alam sahaja. 


Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

BERBEKAM TURUNKAN KOLESTEROL TINGGI


 
Kolesterol yang dibawa ke dalam darah dikenali sebagai lipoprotein sama ada kolesterol baik (LDL) atau kolesterol jahat (HDL).  Kandungan kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan terbentuknya jaringan nipis dan plak pada dinding arteri, sekali gus menyebabkan penyumbatan saluran darah.  


Akhirnya, ia boleh menyebabkan serangan jantung, strok atau masalah pembuluh darah yang lain.  Dengan rawatan berbekam mampu untuk turunkan kadar kolesterol yang tinggi di dalam darah.  InsyaAllah, penyakit anda akan sembuh setelah beberapa kali berbekam.

Sebarang pertanyaan dan temujanji sila hubungi jurubekam wanita atau jurubekam lelaki kami dengan segera.

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

BERBEKAM KURANGKAN BEBAN BUAH PINGGANG AKIBAT PROTEIN BERLEBIHAN



Buah pinggang berfungsi untuk menuras toksin dan cecair yang berlebihan bagi membersihkan darah.  Ia juga bertindak untuk membantu membina sel-sel darah merah, mengawal atur tekanan darah serta memelihara kekuatan tulang.
Dengan mengurangkan pengambilan protein daripada makanan, beban buah pinggang dapat dikurangkan sekali gus dapat melambatkan kadar kerosakan buah pinggang.  Dengan berbekam mampu mencegah pengumpulan bahan buangan di dalam badan.

Sebarang pertanyaan dan temujanji sila hubungi jurubekam wanita atau jurubekam lelaki kami dengan segera.

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

BEKAM OVERHAUL MERAWAT MASALAH BISUL


   
Malam tadi saya telah terima satu SMS maklumbalas (8 Feb 2013, 10.30pm) daripada seorang pesakit wanita.  Beliau telah mendapatkan rawatan Bekam Overhaul (22 cup=RM110) pada 2 hari sebelum ini.  Beliau mengadu ada masalah bisul yang masih tidak pulih, masalah kebas-kebas kaki tangan serta badan yang lenguh-lenguh.

SMS Pesakit Wanita:-

"Salam Nott, ni akak yang pi buat bekam 2 hari sudah. Alhamdulillah hari ni baru akak rasa badan dah segar.  2 hari lepas memang down giler lepas buat tu...rasa lemah sangat.  Bisul akak pun dah kecut.  Kaki yang kebas pun dah kurang dan tak lenguh lagi.  Subhanallah patut ler bekam ni sunnah Rasulullah!  Amazing.  2 minggu lagi akak nak pi buat lagi ye.  Tido jangan citer nyenyak giler dan ramai tegur muka berseri ye...I pakai toner aura tu kot...hehe...tq Nott".

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah SWT yang telah memudahkan masalah pesakit ini.  Kepada mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin buat temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849 dengan segera.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.    

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.) 

SAKIT KEPALA KERANA SELSEMA


Sakit kepala ini selalunya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk terutamanya jika berlaku pengaliran lendir yang berlebihan dari hidung ke dalam fariks.  Ia akan tertumpu pada kawasan tertentu seperti muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat.  Kerap terjadi pada waktu pagi sebelum lendir mengalir keluar dan akan ras tidak selesa dan semakin teruk apabila anda mengalami batuk, bersin atau cuba menggerakkan kepala anda.  Kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap alahan atau mengambil alkohol akan menjadi lagi teruk apabila ada perubahan suhu yang mendadak.  Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Untuk temujanji rawatan atau pertanyaan sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Caj Rawatan Gurah:  RM50/sesi/45 minit @ layari www.rawatanterapigurah.blogspot.com

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

Tuesday 5 February 2013

PUSAT RAWATAN DIBUKA PADA 10 & 11 FEBRUARI 2013 - TAHUN BARU CINA

Ingin dimaklumkan semua Pusat Rawatan kami akan DIBUKA seperti biasa pada hari cuti umum 10 & 11 Februari 2013 (Ahad & Isnin).

Manakala cawangan di Puncak Alam dan Sg Petani akan DITUTUP dari 9 - 12 Februari 2013 (Sabtu-Selasa).  Akan beroperasi seperti biasa semula pada 13 Februari 2013 (Rabu).

Untuk sebarang temujanji sila hubungi kami mengikut cawangan yang dikehendaki.  Adalah diingatkan tidak semua cawangan ada menyediakan semua jenis rawatan.  Sila rujuk jenis-jenis rawatan di setiap alamat cawangan yang disediakan di sebelah kanan blog kami.

WASIAT NABI MUHAMMAD MENGENAI SOLAT DUHA


Nabi berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat duha, solat witir dan puasa 3 hari dalam setiap tengah bulan.  Ia terkandung dalam hadis berikut:

"Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur." (Hadis Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

"Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan.  Pertama, hendaklah aku tidur sebelum mengerjakan solat witir.  Kedua hendaklah aku tidak meninggalkan dua rakaat solat sunat duha kerana sesungguhnya solat duha adalah solat 'awwabin iaitu solat orang yang bertaubat kepada Allah dan meninggalkan maksiat.  Ketiga hendaklah aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan."  (Hadis Tirmizi dan Nasa'i daripada Abu Hurairah)

Puasa tiga hari yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah puasa tiga hari pada setiap tengah bulan qamariyah iaitu setiap 13, 14 dan 15 hari bulan.  Ternyata, di samping nabi menganjurkan puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu, beliau juga menganjurkan kita berpuasa tiga hari dalam sebulan seperti dalam hadis itu.

"Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat duha, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya sekalipun dosa itu laksana buih di lautan."  (Hadis Ibnu Majah dan Tirmizi daripada Abu Hurairah)

"Sesiapa mengerjakan solat duha dua rakaat, maka Allah menghadiahkan kepdanya sebuah istana daripada emas dalam syurga." (Hadis Ibnu Majah dan Tirmizi daripada Anas bin Malik)

"Sesiapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci bagi mengerjakan solat wajib, dia mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang melaksanakan ibadah haji.  Sesiapa yang keluar dari rumah bagi menghormati waktu pahala sama seperti orang yang mengerjakan ibadah umrah.  Apabila seseorang menunggu datangnya solat fardu berikutnya selepas selesai mengerjakan solat fardu dan tidak melakukan hal-hal yang tidak berguna, catatan amal baiknya tersimpa dalam 'iliiyyin iaitu kitab catatan amal orang yang berbakti kepada Allah." (Hadis Abud Daud daripada Abi Ummah)

"Sesiapa mengerjakan solat sunat duha dua rakaat, dia tidak dicatat dalam kelompok orang yang lupa.  Sesiapa mengerjakan solat sunat duha empat rakaat, dia dicatat dalam kelompok orang yang ahli ibadah.  Sesiapa melakukan solat sunat duha enam rakaat, maka pada hari itu Allah mencukupkan segala keperluannya.  Sesiapa melakukan solat sunat duha lapan rakaat, dirinya termasuk golongan orang yang tunduk patuh serta menggunakan seluruh waktunya beribadah kepada Allah.  Sesiapa melakukan solat sunat duha 12 rakaat, Allah membina sebuah istana indah di dalam syurga untuknya.  Tidak ada dalam sehari semalam kecuali Allah pasti memberikan anugerah serta sedekah kepada hambanya.  Tidak ada anugerah Allah yang lebih utama yang dia berikan kepada hambanya melebihi anugerah kesedaran zikir padanya." (Hadis Thabrani daripada Abu Daud)

"Ketika matahari terbit dari tempatnya seperti ketika solat asar iaitu sewaktu matahari tenggelam dan ada seseorang melakukan solat sunat duha dua rakaat dengan empat kali sujud, maka baginya tersedia pahala sama dengan pahala melakukan amal kebajikan sehari penuh dan aku (Abu Ummah) menduga, nabi juga berkata.  "Apabila dia meninggal pada hari itu, maka berhak masuk syurga".  (Hadis Thabrani daripada Abu Ummah)