Tuesday, 5 February 2013

WASIAT NABI MUHAMMAD MENGENAI SOLAT DUHA


Nabi berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat duha, solat witir dan puasa 3 hari dalam setiap tengah bulan.  Ia terkandung dalam hadis berikut:

"Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur." (Hadis Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

"Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan.  Pertama, hendaklah aku tidur sebelum mengerjakan solat witir.  Kedua hendaklah aku tidak meninggalkan dua rakaat solat sunat duha kerana sesungguhnya solat duha adalah solat 'awwabin iaitu solat orang yang bertaubat kepada Allah dan meninggalkan maksiat.  Ketiga hendaklah aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan."  (Hadis Tirmizi dan Nasa'i daripada Abu Hurairah)

Puasa tiga hari yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah puasa tiga hari pada setiap tengah bulan qamariyah iaitu setiap 13, 14 dan 15 hari bulan.  Ternyata, di samping nabi menganjurkan puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu, beliau juga menganjurkan kita berpuasa tiga hari dalam sebulan seperti dalam hadis itu.

"Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat duha, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya sekalipun dosa itu laksana buih di lautan."  (Hadis Ibnu Majah dan Tirmizi daripada Abu Hurairah)

"Sesiapa mengerjakan solat duha dua rakaat, maka Allah menghadiahkan kepdanya sebuah istana daripada emas dalam syurga." (Hadis Ibnu Majah dan Tirmizi daripada Anas bin Malik)

"Sesiapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci bagi mengerjakan solat wajib, dia mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang melaksanakan ibadah haji.  Sesiapa yang keluar dari rumah bagi menghormati waktu pahala sama seperti orang yang mengerjakan ibadah umrah.  Apabila seseorang menunggu datangnya solat fardu berikutnya selepas selesai mengerjakan solat fardu dan tidak melakukan hal-hal yang tidak berguna, catatan amal baiknya tersimpa dalam 'iliiyyin iaitu kitab catatan amal orang yang berbakti kepada Allah." (Hadis Abud Daud daripada Abi Ummah)

"Sesiapa mengerjakan solat sunat duha dua rakaat, dia tidak dicatat dalam kelompok orang yang lupa.  Sesiapa mengerjakan solat sunat duha empat rakaat, dia dicatat dalam kelompok orang yang ahli ibadah.  Sesiapa melakukan solat sunat duha enam rakaat, maka pada hari itu Allah mencukupkan segala keperluannya.  Sesiapa melakukan solat sunat duha lapan rakaat, dirinya termasuk golongan orang yang tunduk patuh serta menggunakan seluruh waktunya beribadah kepada Allah.  Sesiapa melakukan solat sunat duha 12 rakaat, Allah membina sebuah istana indah di dalam syurga untuknya.  Tidak ada dalam sehari semalam kecuali Allah pasti memberikan anugerah serta sedekah kepada hambanya.  Tidak ada anugerah Allah yang lebih utama yang dia berikan kepada hambanya melebihi anugerah kesedaran zikir padanya." (Hadis Thabrani daripada Abu Daud)

"Ketika matahari terbit dari tempatnya seperti ketika solat asar iaitu sewaktu matahari tenggelam dan ada seseorang melakukan solat sunat duha dua rakaat dengan empat kali sujud, maka baginya tersedia pahala sama dengan pahala melakukan amal kebajikan sehari penuh dan aku (Abu Ummah) menduga, nabi juga berkata.  "Apabila dia meninggal pada hari itu, maka berhak masuk syurga".  (Hadis Thabrani daripada Abu Ummah)

No comments:

Post a Comment