Penyakit-penyakit hati adalah penyakit yang muncul kerana sering
melakukan maksiat atau hidup dalam persekitaran kemewahan dan penuh
kenikmatan, penyakit-penyakit ini biasanya wujud dalam:
Hasad atau iri hati.
Nabi s.a.w bersabda, "Tidak ada hasad atau iri kecuali dalam dua hal,
pertama orang yang diberi harta oleh Allah s.w.t kemudian menggunakannya
dalam kebajikan dan orang yang diberi ilmu oleh Allah kemudia dia
mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain."
Dalam hadis yang lain, "Jauhilah hasad, sesungguhnya Bani Adam membunuh saudaranya kera iri."
Ghibah
Nabi s.a.w bersabda, "Jauhilah berprasangka atau kerana berprasangka adalah dusta yang paling besar."
Marah
Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai
RAsulullah perintahkan kepadaku dengan suatu perbuatan yang sedikit?"
Nabi menjawab, "Jangan marah", orang itu mengulangi permintaanya dan
Nabi memberikan jawapan yang sama, "Jangan marah."
Bakhil
Bakhil
Nabi s.a.w berkata, "Cinta akan harta dan kehormatan menumbuhkan sifat
nifak di dalam hati sebagaimana air menumbuhkan kangkung."
Dan baginda s.a.w berkata, "Dua serigala buas yang dilepaskan dalam kandang ternak tidak lebih berbahaya daripda cinta kehormatan, harta dan pangkat dalam agama seorang muslim."
Riak
Nabi s.a.w berkata, "Barang siapa melakukan kerana ingin dilihat maka
Allah akan menampakkan maksudnya kepada semua orang dan barang siapa
melakukan kerana ingin didengar oleh orang lain maka Allah s.w.t akan
memperdengarkan maksudnya kepada semua manusia."
Takbur
Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t berkata, "Kesombongan adalah
pakaianku dan keagungan adalah kainku, barang siapa melawanku dalam dua
hal tersebut Aku akan mengalahkannya."
Nabi s.a.w bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yand di dalam hatinya terdapat kesombongan walapun sebesar biji sawi, dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan walaupun sebesar biji sawi."
Penyakit hati yang lain
Namimah (menyebar fitnah), berkata kotor, mencintai kemasyhuran dan sebagainya.
Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya bagi jiwa dan
tubuh. Penyakit-penyakit seperti ini boleh memebawa kepada kehancuran
dan mengalami pelbagai penyakit kejiwaan dan badan.
Pelanggan yang inginkan rawatan boleh terus datang/walk-in ke pusat rawatan kami dengan membawa sebotol besar air mineral, 9 kuntum bunga ros dan juga 9 biji limau nipis. Sila hubungi Pn Nott (jurubekam wanita / gurah wanita) di 019-2852849 (Pusat Terapi Syifa, Section 7, Shah Alam) untuk temujanji anda.
Caj Rawatan: RM50/sesi
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82
No comments:
Post a Comment