Thursday, 27 December 2012

PENCEGAHAN DENGAN CARA RASULULLAH S.A.W DALAM MAKAN DAN MINUM

    
Ada juga tentang minum, Rasulullah s.a.w. telah meletakkan kaedah-kaedah pencegahan yang benar untuk menjaga manusia dari penyakit dan kesan sampingan yang muncul dari pencemaran dah wabak:
  1. Nabi s.a.w melarang bernafas dalam wadah atau gelas dan menganjurkan minum dengan 3 kali nafas, setiap kali bernafas menjauhkan mulutnya dari gelas.  Nabi s.a.w bersabda, "Apabila kalian minum, maka jangan bernafas dalam wadah atau gelas, jika ingin bernafas maka jauhkan gelas kemudian dekatkan kembali jika ingin minum."
  2. Baginda menganjurkan agar tidak minum dalam sekali teguk, akan tetapi minum dalam 3 kali teguk.  Nabi s.a.w bersabda, "Apabila kalian minum maka hiruplah air beberapa kali dan jangan meneguknya sekaligus; kerana penyakit jantung berasal dari minum dengan sekali teguk."
  3. Dan Nabi s.a.w berkata, "Jangan minum dengan sekali nafas seperti minumnya unta, akan tetapi minumlah 2 atau 3 kali.  Ucapkan basmalah jika kalian minum dan baca alhamdulillah jika kalian selesai minum."
  4. Nabi s.a.w menganjurkan untuk tidak bernafas atau meniup dalam gelas.
  5. Dan mewasiatkan agar tidak minum dari mulut cerek.
  6. Rasulullah s.a.w menganjurkan apabila seseorang minum mInuman yang berlemak atau makanan agar membersihkan mulutnya.  Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w minum susu kemudian berkumur dan berkata, "Kerana ada lemaknya."
  7. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi s.a.w ketika selesai solat Asar pada perang Khaibar meminta makanan, tetapi tidak ada yang lain selain tepung gandum, maka mereka pun makan dan setelah itu minum, kemudian Nabi s.a.w bangun untuk menunaikan solat Maghrib maka baginda berkumur.
  8. Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk bersiwak dalam setiap kesempatan dan membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan.  Baginda biasa mencungkil sisa-sisa makanan dari gigi kemudian berkumur dan membersihkannya dengan siwak.
  9. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa selesai makan maka cungkillah sisa makanan yang menempel di gigi, apa yang jatuh maka ludahkanlah dan apa yang menempel di lidah maka telanlah."
  10. Nabi s.a.w bersabda, "Beruntunglah orang yang menyela-nyela ketika wuduk adalah berkumur, menghirup air ke hidung dan menyela-nyela jari-jemari, sedangkan menyela-nyela ketika selesai makan kerana tidak ada yang lebih berat bagi dua malaikat pencatat amal daripada melihat sisa makanan di antara gigi-gigi manusia ketika dia sedang solat."
Sila hubungi Pn Nott (jurubekam wanita / gurah wanita) di 019-2852849 (Pusat Terapi Syifa, Section 7, Shah Alam) untuk temujanji anda.  

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

No comments:

Post a Comment