Thursday 20 December 2012

DARAH ISTIHADAH


Darah Istihadah ialah darah yang disebabkan penyakit atau kerosakan yang berlaku pada saluran darah di kawasan hujung rahim yang keluar bukan dalam tempoh haid dan nifas.  Terdapat beberapa jenis Istihadah jika dilihat dari segi tempoh terjadinya:
  1. Kurang daripada tempoh minima haid iaitu kurang daripada sehari semalam.
  2. Melebihi tempoh haid iaitu lebih 15 hari.
  3. Sebelum didatangi haid dan selepas putus haid (menopaus).
  4. Melebihi tempoh maksima nifas iaitu melebihi 60 hari.
  5. Melebihi kebiasaan tempoh bagi haid dan nifas serta melangkaui tempoh yang paling lama bagi kedua-duanya.
Aisyah menceritakan: "Fatimah binti Hubaisy menemui Nabi s.a.w.:  "Wahai Rasullullah, sesungguhnya saya ini seorang wanita yang didatangi istihadah dan saya masih belum suci.  Adakah saya perlu meninggalkan solat?"

Baginda menjawab:  "Tidak, sesungguhnya itu adalah pendarahan dan ia bukanlah haid.  Apabila darah haid datang, tinggalkanlah solat, dan apabila ia berlalu (tempoh tamatnya), maka basuhlah darah (mandi wajib) itu daripada kamu dan didikanlah solat."  (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, mereka tetap wajib dan boleh melaksanakan solat dan puasa Ramadan apabila sampai masanya.  Mereka juga boleh beriktikaf di dalam masjid dengan syarat diletakkan penutup (atau pakai tuala wanita) pada kemaluannya agar darah tidak jatuh mengotori masjid.

Sekiranya masalah yang dihidapi masih berterusan berusahalah untuk mendapatkan rawatan ruqyah dan berbekam dengan jurubekam wanita kami.  InsyaAllah masalah anda dapat diubati.

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:

Post a Comment