Sunday 2 December 2012

JENIS-JENIS SAKIT KEPALA

Sakit Kepala SINUS. Sakit kepala jenis ini terjadi kerana penyakit sinusitis (radang pada sinus). Anda akan terasa tekanan pada sekita mata, pipi dan kening. Kepala terasa berdenyut-denyut. Untuk mengatasi sakit kepala jenis ini, sentiasalah menjaga sinus anda agar ia tetap sihat dengan memastikan tangan sentiasa bersih. Usah merokok kerana asap rokok boleh mnyebabkan iritasi pada sinus. Pastikan anda tidak kerap berada pada kawasan yang terlalu kering atau terlalu lembap.

Sakit Kepala MIGRAIN. Migrain adalah sakit kepala yang berulang pada satu sisi kepala selama beberapa jam atau juga beberapa hari. Ia berdenyut-denyut dan gejalanya sangat parah. Anda mungkin terasa ingin berbaring di satu tempat yang sunyi. Migrain lazimnya terjadi oleh beberapa tanda misalnya melihat kilatan chaya, lemas, kebas pada kaki dan lengan. Anda juga mungkin akan muntah, mual dan sangat sensitive pada suara mahupun cahaya.

Sakit Kepala TEKANAN DARAH TINGGI. Sakit ini menyebabkan kepala terasa berat dan leher tegang. Jika sakit kepala anda disebabkan oleh penyakit ini, segeralah dapatkan pemeriksaan dari doktor. Amalkan juga amalan gaya hidup sihat agar tekanan darah tinggi dapat dikurangkan. Kurangkan makanan berlemak dan banyak mengandungi garam. Anda juga boleh bersenam. Kombinasi kesemua usaha ini akan membantu mengurangkan risiko sakit kepala akibat penyakti tersebut.

Sakit Kepala CLUSTER HEADACHE. Inilah sakit kepala yang paling menyakitkan. Rasanya seperti ada tusukan pada satu bahagian kepala dan sering menyerang di bahagian mata. Ia lebih banyak menyerang orang lelaki berbanding dengan perempuan dan sering berlaku pada waktu malam. Serangan sakit kepala ini boleh jadi berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya. Namun kebaikannya, penderita sakit kepala ini tidak menderita seperti sakit kepala akibat migraine atau ‘tension headache’.Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan risiko sakit kepala ini:

-Hindari alkohol -Jauhi produk tembakau -Amalan tidur berjadual -Hindari minuman berunsur kafein 
 
Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

No comments:

Post a Comment