Monday 8 October 2012

WAKTU TERAPI GURAH


 
Rawatan terapi gurah sesuai sekali dibuat pada waktu malam selepas Isyak. Kerana pada waktu tersebut pesakit di dalam keadaan yang tenang dan tidak sibuk dengan sebarang aktiviti atau kerja harian. Walau demikian, sekiranya hendak dibuat pada waktu siang hari juga tidak menjadi masalah.

Penggurahan perlu dilakukan di dalam keadaan yang tenang, nyaman dan santai.  Rawatan agak sukar dibuat sekiranya pesakit di dalam keadaan yang was-was, sakit, stress atau tidak bersedia.

Kekerapan rawatan terapi gurah boleh dibuat mengikut keadaan dan keperluan pesakit itu sendiri.  Jarak tempoh yang baik ialah 3 bulan sekali, 6 bulan sekali, 1 tahun sekali atau maksimum 3 tahun sekali. 

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar gurah terlebih dahulu sekiranya ingin mengulangi rawatan untuk sebulan sekali.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)  

Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pun pernah berubat dengan GURAH.

Caj Rawatan: RM50/sesi

No comments:

Post a Comment