Thursday, 4 October 2012

JAGA KESIHATAN CARA RASULULLAH SAW


  
Antara amalan penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ialah minum madu yang dicampur dengan air sejuk.  Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum mengambil makanan di waktu pagi.  Aisyah RA meriwayatkan bahawa: "Di antara banyuak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk".

Hadis ini menggambarkan bahawa baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau 'nabiz' (rendaman buah tamar).  Malah di dalam suatu doa, Rasulullah SAW ada menyebut yang bermaksud: "Ya Allah kurniakanlah aku dengan cinta-Mu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk".

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.  Rasulullah SAW juga suka meminum air yang telah disimpan semalaman di dalam bekas.  Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan.  Ini sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Madu Tualang: RM30.00/sebotol/siap dibacakan ruqyah

No comments:

Post a Comment