Monday, 15 October 2012

6 KEUTAMAAN DOA BERKESAN

Amalan berdoa memang dianjurkan dalam agama Islam, malah doa adalah senjata umat Islam.  Berikut adalah 6 keutamaan berdoa:
  1. Doa merupakan satu bentuk ketaatan kepada Allah dan menjalankan perintah-Nya.  Firman-Nya: "...Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu..." (Al-Mukmin: 60)
  2. Tanda selamat daripada kesombongan.  Firman-Nya: "Dan Rabmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.  Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepada-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." (Al-Mukmin: 60)
  3. Salah satu sebab mengelak kemurkaan Allah.  Sabda Nabi s.a.w: "Barang siapa tidak mahu meminta kepada Allah, nescaya Allah murka kepadanya."
  4. Dengan berdoa, hati menjadi lapang, kurang gundah, hilangkan kesusahan dan memudahkan urusan.
  5. Tanda tawakal kepada Allah.  Hakikat tawakal ialah menyandarkan hati kepada-Nya.  Ketika berdoa seseorang akan meminta tolong dan menyerahkan segalanya kepada Allah s.w.t.
  6. Tanda selamat dari kelemahan dan tanda kecerdikan seseorang.  Sabda Nabi s.a.w: "Manusia yang paling lemah ialah lemah dalam berdoa, dan orang yang paling bakhil ialah yang bakhil dalam mengucapkan salam."
Sumber: IMAN Bil No.8

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

No comments:

Post a Comment