Monday, 15 October 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT LUTUT


SAKIT SENDI LUTUT
Mungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius.  Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.

Faktor-faktor yang menyebabkan sakit lutut:
  • Kecederaan lutut akibat aktiviti berat
  • Penyakit
  • Berlebihan berat badan atau obesiti
  • Peningkatan usia
Tanda-tandanya:
  • Sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Mungkin akan hilang apabila berjalan.
  • Sakit apabila naik turun tangga. 
  • Terdapat bunyi meretih atau berasa tidak selesa ketika menggerakkan sendi.
Puncanya:
  • Belaku geseran antara tulang femur dan tibia di dalam sendi apabila rawan rosak atau haus.
  • Penggunaan lutut secara berlebihan.
  • Tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ada mengalami simpton-simpton seperti di atas, segeralah datang berbekam dengan kami.
 
Caj rawatan bekam: RM5/cup. PERCUMA 1 toner aura seri dan 1 minyak aura kasturi untuk wanita sahaja yang berbekam melebihi 10cup di Shah Alam dan PJ. 
 
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:

Post a Comment