Sunday 23 September 2012

SIHIR PENYERI (SUSUK) DAN AKIBATNYA


Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Kononnya dengan memakai susuk muka akan sentiasa di pandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya.

Pemakai susuk biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang berlaku.

Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.

Keburukan:
  • Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
  • Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
  • Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
  • Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.
Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

No comments:

Post a Comment