Ada 4 panduan utama yang diamalkan Rasulullah SAW dalam menjaga
kesihatan sehingga 63 tahun hayat beliau hanya demam/jatuh sakit
beberapa kali sahaja..
- Pencegahan penyakit dengan senaman. Rasulullah SAW selalu melakukan senaman seperti aktiviti berenang,memanah,menunggang kuda dan bergusti untuk menjaga kesihatan beliau supaya sistem organ tubuh beliau sentiasa mantap dan sihat.
- Tidak mengambil makanan beracun/haram. Pemilihan makanan yang tidak mengandungi unsur racun dan kandungan merbahaya serta 100% halal amatlah penting,tidak seperti umat islam sekarang yang suka mengambil sumber yang ada unsur-unsur toksid/racun seperti tabiat merokok dan sebagainya.
- Mengambil makanan yang bergizi dan berkhasiat. Rasulullah SAW kerap mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi dalam kesihatan seperti telur,madu,kambing,daging,ayam,susu,kurma,buah tin,minyak zaitun dalam rutin makanan seharian beliau.
- Membuang toksid/racun dari badan dengan Al Hijamah. Rasulullah SAW berbekam sebulan sekali iaitu pada tanggal 17/19/21 kalendar islam,dengan amalan berbekam menjadikan tubuh beliau semakin sihat,ringan dsan kuat untuk beliau sentiasa aktif dalam segala aktiviti dakwah/berperang dengan musuh.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat
rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
No comments:
Post a Comment