Thursday, 17 May 2012

SAKIT SENDI LUTUT JUGA BOLEH DIBEKAM


Cuti sekolah hampir tiba pada hujung bulan May ini.  Banyak jemputan kenduri kendara yang harus dihadiri.  Sibuk dengan menolong membuat persiapan kenduri, sibuk memenuhi jemputan makan di kenduri dan penat di dalam perjalanan yang panjang.
 
Oleh demikian, badan kita akan mudah rasa keletihan, lemak mudah terkumpul, urid acid banyak di dalam badan dan sakit lutut juga akan menyerang anda.
 
Mungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius. Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.
 
Segeralah datang berbekam jika anda tidak mahu sakit lutut anda menjadi semakin serius.
 
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan,kecuali mereka berkata,"Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!"(Shajihu Al-Jami' 5671)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)

No comments:

Post a Comment