Thursday, 31 May 2012

BEKAM SUNNAH THIBBUN NABAWI


Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400 tahun dahulu menggunakan kaedah sayatan pisau bekam. Kaedah bekam thibbun nabawi ini memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah, merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah pening kepala. Pesakit akan diruqyah terlebih dahulu, kemudian bekam dan diberikan minum madu di penghujung rawatan. 

Kebaikan dan kegunaan bekam: 
  1. Membuang angin dalam badan
  2. Menghilangkan kesakitan dan lenguh-lenguh badan
  3. Melancarkan peredaran darah
  4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
  5. Mebuang racun / toksik dalam badan
Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia tetapi bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW. Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung di dalam amalan berbekam ini.

Rasulullah SAW bersabda:
 
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيّ 
"Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sunduta dengan api (kay).  Sesungguhnya aku melarang umatku (berubat) dengan kay.: (HR Bukhari)

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

"Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection)." (HR Bukhari-Muslim)

No comments:

Post a Comment