PUNCA PELBAGAI PENYAKIT USUS...
- Pencemaran udara, air dan makanan yang mengandungi pelbagai toksin.
- Pengambilan makanan seharian yang banyak mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi.
- Cara hidup yang kurang bersenam boleh menyebabkan pengumpulan bahan buangan bertoksin di dalam usus.
- Masalah obesiti atau berat badan yang berlebihan.
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat
daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan
untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar
dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua
dua usus besar dan usus kecil ini.
Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk
beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak
membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.
Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit. Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda.
Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.
KETAHUILAH...
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan
Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Mungkin ada yang
tidak tahu bahwa Habbatus Sauda boleh menguatkan system imunisasi pada
diri manusia. Ia juga mampu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser.
Habbatus Sauda boleh membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum
sarapan pagi. Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, melancarkan haid
dan menyembuhkan gigitan serangga.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
No comments:
Post a Comment