Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi dan menyebabkan sakit sendi, bengkak sendi dan menjadi kaku. Ia juga boleh berpunca daripada sebab jangkitan kuman, perubahan atau kecacatan pada baka serta kekerapan amalan makan ubat setelah sakit dengan sekian lama.
Tanda-tanda dan gejala:-
- Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari jemari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas melakukan sesuatu aktiviti.
- Bengkak di bahagian sendi dan dalam sendi dan terdapat bengkak yang tegang di persekitan sendi tersebut.
- Kekerasan sendi.
- Sakit di sekitar sendi.
- Otot mengecil (otot peha bagi arthritis sendi lutut).
- Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya untuk bergerak atau sukar melakukan tugasan tertentu.
- Sakit bertambah teruk apabila melakukan banyak pergerakan yang berlebihan.
Faktor-faktor dan risiko:-
- Peningkatan umur
- Kegemukan - di kedua-dua sendi lutut
- Keturunan
- Pergerakan yang keterlaluan
- Kecederaan sendi yang teruk contohnya kepatahan tulan
- Koyak pada bahagian meniscus
- Kerosakan pada ligamen
- Faktor pekerjaan
- Sakit sendi peha contohnya di kalangan petani.
Rawatan:-
- Berbekam di tempat yang saki, lebam atau bengkak.
- Amalkan minum minyak zaitun dan sapukan di tempat yang sakit.
- Amalkan minum madu 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum makan.
- Amalan solat jangan tinggal walaupun ketika sakit. InsyaAllah sembuh.
Rasulullah SAW pernah bersabda:-
"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari
”Ada minyak zaitun, makanlan, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu,
sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya
aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari.
terjumpa info ni, juga pasal artritis… sharing is caring :) - Artritis Memakan Sendi
ReplyDelete