Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak
terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita
lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik
seperti pernafasan.
Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrient.
Bahagian otak itu mula mati. Kerosakan otak menjejaskan deria, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan berubah.
Gejala:
- Kelemahan atau rasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan.
- Kekaburan penglihatan secara tiba-tiba.
- Kesukaran bertutur.
- Pening, kehilangan imbangan.
- Sakit kepala yang teruk.
- Rasa mual, muntah.
Kesan Strok:
- Kehilangan berat badan.
- Tidak dapat menelan.
- Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
- Terlalu cemas, murung dan beremosi.
Cara kurangkan risiko strok berulang:
- Jadilah lebih aktif secara fizikal.
- Amalkan diet yang sihat.
- Kekalkan berat badan yang sihat.
- Jangan merokok.
- Periksa tekanan darah.
- Pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.
- Merujuk fisioterapi.
- Melakukan rawatan bekam seminggu sekali.
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk,
kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
No comments:
Post a Comment