Thursday, 12 July 2012

KEBAIKAN KEKERAPAN MINUM MADU BAGI PESAKIT GANGGUAN

Bagi pesakit gangguan jin, anda digalakkan untuk minum madu sekerap yang mungkin selama sebulan, anggaran dalam minum 7-9 sudu sehari dan ia bertujuan untuk meningkatkan tenaga badan serta menawarkan sebarang unsur racun di dalam badan. Ini kerana badan kita pasti lemah apabila diserang oleh gangguan serta badan turut mengalami bisa-bisa kerana jin/sihir selalunya ada unsur-unsur racun. Madu sebaiknya diruqyah terlebih dahulu dengan dibacakan surah-surah lazim seperti Al-Fatehah, kursi dan 3 qul dengan ulangan 7x lalu ditiup 10saat pada madu tersebut.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:

Post a Comment