Thursday 11 October 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK PESAKIT SIHIR DAN RACUN

Bekam Merawat Sihir & Saka RM90
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".W anita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah, juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.

KESIMPULANNYA, BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU, SIHIR DAN SAKA, ANDA DIGALAKKAN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SEMINGGU SEKALI UNTUK 3X SESI RAWATAN DI KAWASAN TENGKUK DI SAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYAR'IYAH.

 
Caj rawatan bekam: RM5/cup. PERCUMA 1 toner aura seri dan 1 minyak aura kasturi untuk wanita sahaja yang berbekam melebihi 10cup di Shah Alam dan PJ.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:

Post a Comment