Sunday 24 March 2013

MINGGU DEPAN - MINGGU BEKAM SUNNAH KEMBALI LAGI


Assalamualaikum...

Alhamdulillah minggu depan bulan untuk BEKAM SUNNAH akan kembali lagi.  Kepada mereka yang ingin dapatkan khidmat rawatan bekam bolehlah mula hubungi atau SMS kepada perawat-perawat kam.

TARIKH BEKAM SUNNAH
  • 29 Mac 2013 = 17 Jamadil Awal 1434H (Jumaat) - Cawangan PJ, Shah Alam, Puncak Alam TUTUP.  Cawangan Sg Petani, Meru BUKA.
  • 31 Mac 2013 = 19 Jamadil Awal 1434H (Ahad)
  • 2 April 2013 = 21 Jamadil Awal 1434H (Selasa)
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Jurubekam Lelaki).

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5
 
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

ADUHHHHH GATALNYA...

Sekiranya anda ada mengalami masalah gatal-gatal dengan tiba-tiba, alahan atau jangkitan pada kaki, tangan, badan atau seluruh badan atau sebahagiannya sahaja sila dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Jika masih berlanjutan dan ingin cuba dengan kaedah rawatan tradisional sila datang ke pusat rawatan kami di Seksyen 7 Shah Alam.  Sila bawa 1.5liter air mineral, 1 botol minyak zaitun (botol kecil pun boleh) dan pesakit.  Perawat kami akan bacakan ruqyah kepada pesakit dan bahan yang dibawa bersama.
Pesakit digalakkan untuk buat bekam di sekitar tempat yang bermasalah.  Ini bagi mengeluarkan darah kotor dan menyembuhkan gatal pada kulit tersebut.  InsyaAllah...

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Jurubekam Lelaki).

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

GURAH BAIK PADA WAKTU MALAM


 
Bagi mereka yang inginkan rawatan gurah bagi mengatasi masalah seperti resdung, gatal-gatal pada muka, berjerawat, masalah berkahak, selsema, batuk, sakit kepala, mata rabun, tidur berdengkur dan asma bolehlah hubungi kami untuk temujanji anda.

Waktu yang sesuai untuk rawatan ini adalah pada waktu malamPada waktu itu cuaca sejuk, nyaman dan tidak bising.  Ini memberi ketenangan ketika gurah dilakukan dan memudahkan proses gurah berjalan dengan lancar.  Pesakit perlulah di dalam keadaan yang tenang, tidak gelisah atau kepanasan.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Gurah Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Gurah Lelaki).

Caj Rawatan Gurah: RM50 / 45 minit / 3 bulan sekali

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

Wednesday 20 March 2013

BEKAM WAJAH - PERTAMA KALI


  
 
Semalam saya telah menerima satu kunjungan daripada seorang pesakit wanita.  Wanita ini mengalami masalah berjerawat di muka serta gatal-gatal di hidungnya.  Pada mulanya beliau agak sedikit gusar jika terasa sakit ketika berbekam di wajah.  

Untuk rawatan kali pertama beliau telah memilih untuk berbekam di kedua pipi kiri dan kanan terlebih dahulu.  Banyak darah kotor yang keluar.  Apabila selesai berbekam beliau terasa sedikit ringan di bahagian pipi beliau.  Beliau juga mengatakan bahawa tidaklah sakit berbekam di pipi seperti yang diberitahu oleh orang lain.  Beliau nekad untuk meneruskan rawatan seterusnya pada 2 minggu lagi.  InsyaAllah saya akan cuba updatekan perkembangan terkini rawatan bekam wajah beliau pada masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

DAPATKAN RAWATAN BEKAM STRES DAN KELESUAN


Jangan stres!
   
Kepada mereka yang selalu terpaksa menghadapi timbunan kerja, kekurang wang, masalah dengan pasangan dan kesesakan jalan raya boleh mendatangkan stres.  Hal ini boleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan kecantikan.

Untuk atasinya anda bolehlah buat rawatan bekam untuk point BEKAM STRES & KELESUAN.  InsyaAllah...badan akan terasa ringan, tiada lagi keletihan, mudah fokus pada sesuatu kerja dan anda akan lebih rasa gembira.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Tuesday 19 March 2013

WHI-WANITA HARI INI TV3 PADA 14 MAC 2013 - "KELEBIHAN BEKAM WAJAH"



Assalamualaikum...

Pada minggu lepas iaitu hari Khamis 14 Mac 2013, saya (Pn Nott) dan rakan-rakan telah menerima jemputan oleh WHI-Wanita Hari Ini TV3 untuk segmen "KELEBIHAN BEKAM WAJAH".  Jutaan terima kasih kepada pihak TV3 yang telah membuka ruang dan peluang kepada kami.

Terima kasih juga kepada Pengacara WHI-Wanita Hari Ini TV3 iaitu Teh Syuhaida Sharip dan rakan sejawatnya Nor Azzura Azizul Azman kerana berjaya mengetengahkan kaedah bekam sunnah Rasulullah SAW kepada masyarakat dan mendalami topik ini dengan lebih mendalam.  Untuk info lanjut sila klik link di bawah ini.

tonton-home-shows-talk_show-wanita hari ini 2013 - Wanita Hari Ini 2013

Thursday 14 March 2013

FAKTOR TEKANAN DARAH TINGGI

Berikut merupakan beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
  • Merokok
  • Berat badan berlebihan (obesiti)
  • Kurang latihan fizikal/jasmani
  • Terlalu banyak garam dalam diet
  • Terlalu banyak pengambilan alkohol
  • Tekanan (stres)
  • Umur meningkat
  • Genetik
  • Penyakit kronik ginjal
  • Gangguan adrenal dan tiriod
  • Diet yang tinggi lemak dan kolesterol
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Sunday 10 March 2013

RAWATAN AURA SERI UNTUK PERSEDIAAN PERTUNANGAN, PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN


 
Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pesakit dan bahan-bahan aura seri.  Bahan-bahan ini akan digunakan oleh pesakit ketika mandi di rumah sendiri selama 3 hari berturut-turut.

Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan, memberi ketenangan fikiran, menambahkan keyakinan diri, fokus pada kerjaya, perniagaan, belajar, menyerikan wajah, meringankan jodoh, menyembuhkan santau, sihir & saka.  Sesuai juga sebagai persediaan kepada mereka yang akan menghadapi hari pertunangan, pernikahan dan perkahwinan.

Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral, 9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga ros.  Bunga dan limau nipis boleh dibeli di Kompleks PKNS Shah Alam.  

Caj Rawatan: RM50/sesi

BEKAM OVERHAUL ATASI MASALAH SAKIT PADA TAPAK KAKI


"Alhamdulillah, selepas buat BEKAM OVERHAUL pada 2 minggu lepas, tapak kaki akak tidak lagi sakit-sakit ketika bangun pagi.  Badan akak pun terasa ringan, sengal-sengal badan pun dah hilang.  Akak ingin teruskan amalan bekam ini, rupanya bekam ni tidak sakit dan InsyaAllah akak akan syorkan pada kengkawan akak nanti...".

Ternyata BEKAM OVERHAUL (22cup/RM110) banyak memberi manfaat kepada kesihatan pada keseluruhan badan.  Apabila badan kita sihat, maka tapak kaki pun akan turut baik.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan ini bolehlah hubungi @ SMS kepada Pn Nott di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.    

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Saturday 9 March 2013

BEKAM ATASI MASALAH GATAL-GATAL

Gatal-gatal, turut dikenali dengan nama urtikaria mencetuskan pembengkakan, benjolan merah pucat, tompokan pada kulit yang muncul secara tiba-tiba, sama ada akibat kesan alahan atau sebab-sebab lain.
Untuk atasi masalah gatal-gatal ini anda digalakkan untuk buat BEKAM OVERHAUL untuk seluruh badan dan kaki.  Ini bagi mengeluarkan darak toksin di bawah lapisan kulit badan anda.  InsyaAllah masalah gatal-gatal anda akan beransur hilang dengan cepat.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

TIPS ELAKKAN LEMAK DAN KOLESTEROL DAGING MERAH


Tidak dinafikan daging merah memang mempunyai banyak khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan kita.  Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi, Oleh yang demikian, kesederhanaan dalam pengambilan daging merah merupakan kunci utama dalam pengambilan diet seimbang anda.
  • Pilih daging yang telah dibuang atau dibersihkan lemaknya.
  • Ambil daging dalam jumlah yang sederhana saiznya.
  • Hadkan pengambilan daging (maksumum 2-3 kali seminggu)
  • Masak daging dengan kaedah kurang minyak dan santan.
  • Kurangkan pengambilan daging proses kerana mengandungi garam dan lemak yang tinggi berbanding daging biasa.
  • Elakkan mengambil organ dalaman kerana mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi.
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

PENYAKIT JANTUNG, KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI


PENYAKIT JANTUNG
Penyakit jantung lebih menyerang lelaki berbanding wanita kerana tubuh wanita dilindungi oleh sejenis hormon iaitu estrogen.  Hormon ini berfungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal.  Walaupun demekian, wanita yang merokok dan menghidap sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki.

Namun bagi wanita yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

KENCING MANIS
Kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dna darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung.  Penghidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan hormon insulin di dalam badan.  Akibatnya lemak di dalam badan sukar diproses dan salur darah menjadi sempit akibat kekurangan bekalan darah ke jantung.

DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekerja lebih teruk dan menjadikjannya lebih besar.
Photobucket
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.    

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Thursday 7 March 2013

PROMOSI UNTUK BEKAM WANITA DI SHAH ALAM


  
Kepada kaum wanita yang mendapatkan khidmat bekam melebihi 10cup anda akan diberikan PERCUMA 1 botol toner aura seri mawar untuk menghilangkan wajah kusam,  menaikkan seri muka dan mencantikkan kulit muka anda serta 1 botol minyak kasturi ruqyah untuk menghindari gangguan makhlus halus.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott 019-285 2849 untuk bekam wanita di Section 7, Shah Alam.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

GURAH MENCUCI SUARA


30 September 2012   Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
LEBIHAN lendir menyempitkan rongga hidung seterusnya mengganggu kelancaran pernafasan dan penghasilan suara dengan sempurna.

DALAM perubatan tradisional, ada beberapa kaedah pengubatan yang berupaya mengeluarkan toksin secara langsung daripada tubuh sekali gus membuatkan pesakit berasa lega. Antaranya rawatan bekam, resdung dan gurah.

Mungkin ramai yang sudah biasa mendapatkan rawatan resdung dan pernah mendengar ataupun melihat sendiri cara berbekam, namun, rawatan gurah memang jarang-jarang diperkatakan.

Menurut seorang pengamal perubatan gurah, Muhammad Razali Ahmad, 37, kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak.

“Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

“Bagi yang kerap berdengkur, rawatan ini turut membantu pelanggan mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

“Begitupun, buat pelanggan yang mahu mengurangkan dengkuran, mereka perlu menjalani rawatan lebih kerap berbanding pesakit biasa, lama-kelamaan, insya-Allah, masalah dengkur mereka akan beransur hilang,” kata Muhammad Razali.

Menurutnya, kaedah rawatan yang menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih itu biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

“Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

“Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

“Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut.

“Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah, ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar bersama,” ujar Muhammad Razali lagi.

Dengan bayaran RM50 bagi sekali rawatan, lendir yang dikeluarkan pesakit akan dipastikan benar-benar bersih sebelum sesi tersebut dianggap selesai.

Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Lancar

“Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi,” ujar Muhammad Razali.

Katanya lagi, apabila terlalu banyak lendir di dalam kerongkong dan rongga hidung, saluran pernafasan menjadi sempit. Bayangkan jika lendir itu sudah berkumpul di situ bertahun-tahun lamanya, pasti sedikit sebanyak ia menjejaskan fungsi rongga yang dahulunya lapang.

Walaupun tidak memberi kesan sakit secara langsung, kehadiran lambakan lendir di kawasan tersebut mengganggu kelancaran pernafasan dan suara.

“Kebanyakan pelanggan yang datang mendapatkan rawatan di sini sering mengadu sukar untuk menarik suara dalam nada tinggi ataupun panjang.

“Biasanya apabila sudah terlalu banyak lendir, tidak banyak angin yang boleh memasuki rongga hidung dan kerongkong. Keadaan ini menyebabkan dada cepat mengah dan suara mudah ‘tersepit’.

“Seperti meniup belon, bila kita tiup, ia mampu menyimpan banyak angin, jika kita lepaskan, pengaliran udara yang keluar juga lancar, tetapi jika kita kepitkan jari di mulut belon, pastinya angin susah nak keluar dan bunyinya juga membingitkan telinga, begitu juga kaitan antara rongga yang luas, udara dan suara,” jelas 
Muhammad Razali panjang lebar.

Walaupun banyak manfaat rawatan pembersihan kerongkong dan rongga hidung ini, pelanggan tidak digalakkan melakukannya secara kerap.

“Paling ideal, ia dilakukan tiga bulan sekali. Jika terlalu kerap, lendir belum banyak terkumpul. Dikhuatiri proses pembersihan tersebut akan memedihkan rongga hidung pula,” ujarnya yang belajar mengendalikan rawatan gurah daripada seorang pakar gurah di Pahang.

Biarpun kaedah rawatan ini nampak mudah, Muhammad Razali tidak menggalakkan pelangannya melakukan proses pembersihan lendir ini sendirian di rumah.

“Jika tidak kena teknik memasukkan air rebusan kayu itu tadi, mungkin rawatan ini tidak menjadi,” katanya yang menyediakan rawatan untuk pesakit lelaki sahaja.

Untuk mendapatkan rawatan ini boleh hubungi:-
  1. Muallij Ahmad 019-307 9883 @ Pn Nott 019-285 2849 - Section 7, Shah Alam
  2. Muallij Aswat 017-209 2307 @ Pn Mimi 017-684 5026 - Puncak Alam, Kuala Selangor
  3. Muallij Zali 012-346 3416 @ Pn Fatin 017-625 3146 -Taman Dato Haron, Jalan Klang Lama
  4. Muallij Kamar 017-305 2944 -Jalan Kopi, Meru, Klang
  5. Muallij Shazry 017-403 4940 @ Pn Ana 017-424 0064 -Sg Petani, Kedah 
Caj Rawatan: RM50/sesi/45 minit

RAWATAN GURAH BANTU ATASI HIDUNG BERAIR, SELSEMA DAN BERKAHAK


 
Keadaan cuaca pada hari ini adalah tidak menentu dan kerap hujan sejak kebelakangan ini.  Pasti ramai di antara anda tidak kira lelaki mahupun wanita, kanak-kanak, remaja atau dewasa ada mengalami masalah hidung berair atau selsema.  Sukar tidur kerana hidung tersumbat, berkahak serta tidur berdengkur.

Bagi mengatasi masalah tersebut, anda dicadangkan untuk buat rawatan gurah bagi mengeluarkan lendir di dalam dada anda.  Kaedah ini menggunakan rebusan akar kayu herba yang dicampurkan dengan madu.  Proses ini mengambil masa selama 45 minit.  InsyaAllah, anda akan berasa ringan, dada terasa lapang dan masalah hidung dapat diatasi.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849. Pusat rawatan kami terletak di Section 7, Shah Alam.

Caj Rawatan Gurah:  RM50/sesi/45 minit @ layari
www.rawatanterapigurah.blogspot.com

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

TIPS ELAKKAN JERAWAT PADA BADAN


  1. Mandi dengan sempurna terutama di bahagian ketiak, lipatan kaki dan tangan, bahagian belakang dan leher.
  2. Gunakan mandian anti bakteria untuk membasmi kuman yang menjadi penyebab jerawat.
  3. Pakaian yang sesuai, longgar dan menyerap peluh dan berbersesuaian.
  4. Elakkan makanan berminyak, bergoreng, berlemak dan lebihkan sup, sayur, buah dan ikan.
  5. Lakukan detoks seperti sauna, bersenam atau BERBEKAM.
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

STRESS...JOM BERBEKAM

Stress adalah musuh utama untuk wanita kekal cantik dan sihat.  Ia boleh menyebabkan tubuh mudah lemah dan wajah menjadi kusam.  Bahagian mata menjadi letih dan suram.  Untuk tangani stress anda boleh cuba bekam stress dan kelesuan dengan 10point di badan.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849. 

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

ALHAMDULILLAH...KAMI TELAH BERTUNANG


Sebelum ini ada sepasang adik-beradik yang datang untuk mendapatkan rawatan aura seri pada 6 bulan yang lepas.  Si abang dahulunya sukar melupakan kekasih lama manakala si adik tidak mudah kekal di dalam sesebuah perhubungan.

Apabila rawatan ruqyah dijalankan si adik mengalami masalah gangguan yang teruk, manakala si abang hanya terasa bisa-bisa di badannya.  Setelah menjalani 2 kali rawatan aura seri, beberapa kali rawatan ruqyah dan berbekam akhirnya dengan berkat Allah SWT alhamdulillah mereka semakin pulih, lebih ceria dan semakin sihat.

Kini, kedua adik-beradik tersebut telah bertemu jodoh dan bertunang pada bulan yang lepas.  Sesungguhnya jodoh adalah rahmat dan juga ujian dari Allah SWT. Setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya.  Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya.  Kita hanya berusaha jodoh dan pertemuan adalah dari Allah SWT jua.

Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in ke pusat rawatan kami dengan membawa sebotol besar air mineral, 9 kuntum bunga rose dan juga 9 biji limau nipis. Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849 (Shah Alam).

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi (PERCUMA 1 botol toner aura seri)

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82