Thursday 4 October 2012

PERELOKKAN JIWA DENGAN RAWATAN AURA SERI

   
Anggota-anggota tubuh yang sakit boleh kita nampak kelemahannya.  Contohnya, seorang yang sakit kaki tidak dapat berjalan dengan elok, mungkin terhenjut-henjut, yang sakit tangan tidak dapat menggerak atau menggunakannya seperti biasa, tangannya berbalut, yang sakit tekak akan mengeluarkan suara serak atau tidak keluar suara langsung.  Tetapi bagaimana dengan jiwa?

Jiwa yang sakit dipancarkan dengan sifat-sifat yang rendah dan kelakuan-kelakuan yang buruk.  Mereka yang jiwanya sakit mempunyai budi pekerti rendah serta banyak penyakit-penyakit hati.

Seperti anggota-anggota badan yang dijadikan tidak sempurna, dan memerlukan zat daripada makanan untuk menjadi sempurna dan kuat, begitu juga dengan jiwa.  Memperelokkan jiwa adalah dengan memelihara dan mendidik akhlak serta mengisinya dengan pelbagai ilmu pengetahuan.  Jiwa yang suci dan terdidik adalah jiwa yang sihat.

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

No comments:

Post a Comment