Thursday 31 October 2013

MENGHALANG KESAN RACUN DAN SIHIR DENGAN BUAH KURMA

Ada hadis menyebutkan manfaat buah kurma ialah membina ketahanan badan daripada racun dan sihir apabila diamalkan memakannya setiap pagi sebanyak tujuh biji.  Kelebihan buah kurma itu sendiri sebagai fungsi makanan yang sihat, ubat dan juga sebagai buah.  Selain itu, ia menguatkan suhu badan secara semulajadi kepada badan manusia.

Tuesday 29 October 2013

CAWANGAN BARU DI KUALA SELANGOR

Ingin dimaklumkan kami akan buka cawangan baru di Jeram, Kuala Selangor.  Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
  • Bekam Lelaki / Wanita
  • Bekam Resdung Lelaki / Wanita
  • Rawatan Gurah Resdung Lelaki / Wanita
  • Urut Batin Lelaki
  • Rawatan Aura Seri Lelaki / Wanita
  • Rawatan Ruqyah (Masalah Gangguan) Lelaki / Wanita
Untuk temujanji sila hubungi Muallij Aswat @ 017-209 2307 atau Pn Hanim @ 012-468 3573.

Sunday 27 October 2013

RAWATAN GURAH UNTUK PESAKIT ASMA

Adalah diingatkan bagi pesakit asma yang hendak buat rawatan gurah, pastikan anda tiada masalah untuk bernafas melalui mulut selama 45 minit, sentiasa dalam keadaan yang tenang dan tidak panic ketika ubat gurah dimasukkan ke dalam hidung.  Jika tidak pesakit asma akan mengalami masalah susah bernafas, tangan berpeluh dan dada terasa penat.

Selain gurah, anda juga boleh buat bekam di bahagian belakang badan dan bahagian depan dada.  Inn shaa Allah anda akan semakin sembuh.

Wednesday 23 October 2013

MASALAH JERAGAT

Adalah tidak benar mengatakan bahawa faktor pemakanan boleh menyumbang ke arah masalah jeragat.  Setakat yang diketahui ialah ubat adalah menjadi punca penyebab jeragat.

Anda digalak untuk buat rawatan gurah sekali-kala dan bekam dengan kerap pada peringkat awal.

Caj Rawatan: Bekam @ RM5/cup.....Rawatan Gurah @ RM50/sesi

Saturday 19 October 2013

BEKAM MERAWAT MIGRAIN

Antara punca penyakit migrain adalah kerana minuman yang berkafein dan bergas seperti nescafe, coke, 2in1 dan 3in1.  Untuk mengurangkan rasa kesakitan kerana migrain bolehlah cuba berbekam di bahagian belakang tengkuk, bahu, dahi dan/atau kepala.

Untuk temujanji sila hubungi Pn Nott 019-285 2849 atau sila rujuk kepada 'CAWANGAN KAMI' untuk dihubungi.
Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5     
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Monday 7 October 2013

ADAT BERBEKAM SEBELUM DAN SELEPAS BEKAM

Paling baik berbekam sebelum makan dan minum kecuali jika seorang itu lemah, eloklah makan dahulu.  Terdapat hadis yang menyebut, "Berbekam sebelum makan dan minum paling baik untuk penyembuhan di samping menguatkan ingatan" (Sunan Ibnu Majah, dari Ibnu Umar).

Selepas berbekam, jangan makan makanan masin supaya badan tidak terumbang-ambing, jangan makan susu masam dan juga susu itu sendiri (jika minum susu atau susu masam akan menyebabkan sopak), juga jangan makan delima masam (kerana boleh menyebabkan kudis atau penyakit kulit dan lumpuh sebelah badan)