Thursday 24 May 2012

DIUGUT JIN MATA MERAH


Ini kisah benar 3 bulan lepas di mana jurubekam wanita kami ingin membuat rawatan bekam sihir di rumah pesakit di Putrajaya. Pesakit tersebut terkena kes sihir pemisah rumahtangga yang agak kuat juga, apabila diruqyah pesakit kerasukan dengan agresif sehingga berjam-jam lamanya. Sehari sebelum temujanji dengan pesakit tersebut, apabila ingin melelapkan mata saja, tiba-tiba datang satu bayangan lembaga hitam bermata merah dan berkata-kata berbaur ugutan "jika kamu pergi, kamu akan sakit !!!"...pada malam tersebut 3-4 kali juga lembaga tersebut datang mengugut jurubekam wanita kami. Tapi keesokan harinya beliau pergi macam biasa membekam pesakit sihir tersebut, Alhamdulillah tiada perkara buruk terjadi.

Moral of the story dari kisah ini, jurubekam perlu kerap membaca kursi dan 3 qul sebelum pergi membekam pesakit untuk perlindungan diri dari jin/syaitan dan jangan sesekali takut dengan ugutan jin/syaitan ini kerana sesungguhnya mereka itu tidaklah berdaya sangat mencederakan manusia dan ia lebih kepada psiko sahaja.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

No comments:

Post a Comment