Monday 6 August 2012

RAWATAN BEKAM MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN TUBUH BADAN

1. DARAH kotor yang keluar daripada tusukan jarum bekam ialah darahkotor yang mengandungi toksin dan juga unsur gangguan jin.  Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksin daripada badan.

2. TUSUKAN jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.  Ia bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.

3. APABILA BERBEKAM, secara tidak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh.  Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh mengeluarkan zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang berbahaya.  Jika organ tubuh sudah bebas daripada sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

No comments:

Post a Comment