Monday, 18 June 2012

PENING PADA WAKTU HAID BAGI WANITA


Bagi kaum wanita yang mengalami masalah pening ketika datang haid bolehlah membuat rawatan bekam dengan pembekam wanita kami. Titik point yang akan dibekam adalah 6 point di belakang badan di kawasan pinggang, 2 point di tengkuk dan 2 point di leher.  

Caj rawatan ialah RM50/10 cup.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

MASALAH ANGIN DALAM BADAN


Angin di dalam badan disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan yang datang daripada dua sumber iaitu dari udara yang disedut dan juga bakteria yang terdapat  di dalam usus besar. Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.

Bagi seseorang yang mempunyai angin dalam badan yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan. 

Anda disyorkan untuk membuat rawatan bekam dan mengamalkan pengambilan pil Habatussauda.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

 Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

FAKTOR YANG MENINGKATKAN PENGELUARAN DARAH KOTOR SEMASA RAWATAN BEKAM

  
  1. Bilik bekam yang bersuhu panas lebih baik dari bilik bekam yang bersuhu sejuk kerana pengeluaran darah kotor bekam adalah maksimum.
  2. Teknik urutan pada titik yang ingin dibekam juga mampu melancarkan pengeluaran darah kotor bekam.
  3. Waktu berbekam ketika pertengahan bulan Islam/bulan mengambang penuh amat baik kerana darah kotor membuak naik di permukaan kulit, secara tak langsung banyak darah kotor dikeluarkan semasa proses berbekam.
  4. Berbekam ketika perut sedang kosong adalah lebih baik kerana darah toksid yang keluar agak banyak kerana darah kotor tersebut mewakili keseluruhan toksid badan.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT ASMA


Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun, ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.

Gejala awal penyakit  asma adalah sesak nafas, sakit dada, batuk dan bunyi seperti wisel apabila menghembuskan nafas. Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan seperti rangsangan alergen, alergic pada bulu binatang peliharaan, akibat pencemaran udara, perubahan cuaca yang sejuk dan senaman yang keterlaluan.

Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.

Anda disarankan untuk membuat rawatan bekam di belakang badan sebanyak 12 point. Rawatan bekam ini baik untuk penderita asma. Ia boleh melancarkan peredaran darah, untuk melonggarkan pernafasan dan untuk meningkatkan daya tahan tubuh badan.

Caj rawatan ialah RM60.00

Harus dipastikan bahawa ginjal anda dalam keadaan sihat sebelum dibekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

RAWATAN BEKAM UNTUK SUSAH TIDUR (INSOMNIA)

Tahukah anda tabiat kurang tidur mampu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, serang jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan angin ahmar.

Jantung manusia memerlukan masa antara 7 ke 9 jam untuk tidur setiap malam demi memastikan ia mampu berfungsi secara optimum.

Saya menyarankan anda untuk membuat rawatan bekam di kedua pelipis, bahu, tulang belikat, tengkuk, leher dan bahagian-bahagian kepala yang terasa sakit.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Sunday, 17 June 2012

KAEDAH MERAWAT SIHIR MENGGUNAKAN KURMA AJWA


Bagi mereka di luar sana yang mengalami masalah penyakit gangguan jin/sihir, anda disyorkan makan kurma ajwa 7 biji setiap pagi selama sebulan, InsyaAllah penyakit sihir anda mulai berkurangan.  
 

Rasulullah SAW bersabda:
 "Sesiapa yang makan pada setiap pagi 7 biji tamar ajwa ia tidak akan mengalami sepanjang hari tersebut kemudaratan racun dan sihir" 
Diriwayatkan oleh Saad Ibnu Abu Waqqas RA 

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MENYEMBUHKAN MASALAH GATAL-GATAL ALERGI

Bagi pesakit yang menghidapi masalah gatal-gatal kulit akibat alergi pada makanan tertentu, saya syor anda berbekam sebulan sekali. Punca alergi/gatal-gatal ini ialah akibat penurunan sistem antibodi badan kerana bebanan organ dalaman akibat peningkatan toksid pada saluran darah. Khasiat berbekam seperti yang saya nyatakan dahulu mampu meningkatkan sistem antobodi badan dan membuang segala toksid/darah kotor pada sistem saluran darah badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

KHASIAT BEKAM PINGGANG

Anda di luar sana disyorkan berbekam sebulan sekali dikawasan pinggang kerana banyak khasiatnya :-
  1. Memulihkan masalah lenguh/sakit pinggang.
  2. Meningkatkan nafsu syahwat.
  3. Memulihkan masalah senggugut.
  4. Meningkatkan kesuburan.
  5. Mencegah dari terkena sakit buah pinggang kerana apabila berbekam tekanan darah dikawasan buah pinggang menjadi stabil dan segala toksid tiada lagi pada saluran darah.
  6. Menawarkan masalah sihir rumahtangga/tafriq.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SIHAT CARA RASULULLAH SAW

Photobucket
Ada 4 panduan utama yang diamalkan Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan sehingga 63 tahun hayat beliau hanya demam/jatuh sakit beberapa kali sahaja..
  1. Pencegahan penyakit dengan senaman. Rasulullah SAW selalu melakukan senaman seperti aktiviti berenang, memanah, menunggang kuda dan bergusti untuk menjaga kesihatan beliau supaya sistem organ tubuh beliau sentiasa mantap dan sihat.
  2. Tidak mengambil makanan beracun/haram. Pemilihan makanan yang tidak mengandungi unsur racun dan kandungan merbahaya serta 100% halal amatlah penting,tidak seperti umat islam sekarang yang suka mengambil sumber yang ada unsur-unsur toksid/racun seperti tabiat merokok dan sebagainya.
  3. Mengambil makanan yang bergizi dan berkhasiat. Rasulullah SAW kerap mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi dalam kesihatan seperti telur, madu, kambing, daging, ayam, susu, kurma, buah tin, minyak zaitun dalam rutin makanan seharian beliau.
  4. Membuang toksid/racun dari badan dengan Al Hijamah. Rasulullah SAW berbekam sebulan sekali iaitu pada tanggal 17/19/21 kalendar islam,dengan amalan berbekam menjadikan tubuh beliau semakin sihat, ringan dsan kuat untuk beliau sentiasa aktif dalam segala aktiviti dakwah/berperang dengan musuh.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI KANDUNGAN URIC ACID YANG TINGGI PADA SENDI BADAN

Kandungan uric acid tinggi pada sendi badan adalah akibat dari pemakanan yang bersumberkan makanan laut seperti sotong/udang/ketam dengan kekerapan dan kuantiti yang tinggi. Bila kandungan uric acid menjadi terlalu tinggi akan menyebabkan bengkak pada sendi dan terasa seperti kaca mencucuk dengan kesakitan yang amat sangat. Amalan berbekam sebulan sekali mampu mengeluarkan darah kotor bersama uric acid semasa proses berbekam dijalankan, InsyaAllah anda dihindari dari penyakit Gout dan juga Artritis.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Friday, 15 June 2012

3 KESAN BURUK DUDUK TERLALU LAMA

1. Merosakkan postur tubuh
Apabila duduk terlalu lama, tisu yang menghubungkan otot kepada seluruh tubuh mula terbina.  Jadi akhirnya tubuh akan menganggap postur tubuh yang salah itu sebagai postur yang normal.

2. Menggemukkan
Duduk terlalu lama membuatkan kalori dalam tubuh kurang dibakar.  Tubuh akan membakar 60 kalori lebih banyak ketika kita berdiri.  Duduk terlalu lama juga membuatkan otot pada bahagian punggung menjadi tidak bermaya.

3. Sakit belakang
Otot punggung yang lemah akan menolak pelvis ke depan.  Ini memberikan kesan tekanan pada tulang belakang.  Hal ini menjadikan perut kelihatn buncit.

MENGAPA TIDAK DIGALAKKAN BERBEKAM KETIKA PERUT KENYANG?

Apabila kita sedang kekenyangan, semua organ sistem penghadaman kita tengah bekerja keras, jadi apabila proses bekam dijalankan, semua toksid/darah kotor yang keluar dari berbekam hanya mewakili toksid/darah kotor pada bahagian perut/organ sistem panghadaman sahaja dan ia sama sekali tidak mewakili darah kotor/toksid keseluruhan badan.
 
Dicadangkan supaya anda berpuasa atau mengosongkan perut sekurang-kurangnya 2jam sebelum berbekam.

5 FAKTOR SERANGAN JANTUNG MENGEJUT






  1. JANGKITAN - Seseorang yang sedang menghidap selsema atau jangkitan saluran pernafasan mempunyai risiko 5 kali ganda untuk mendapat serangan jantung. 
  2. MASALAH BUAH PINGGANG - Kelemahan fungsi buah pinggang meningkatkan risiko serangan jantung. 
  3. GAYA HIDUP KURANG SIHAT - Kita perlu bijak mengawal stres kala terdedah kepada tekanan seperti kesesakan jalan raya dan kerjaya. 
  4. MENGAMBIL KALSIUM - Kajian di New Zealand mendapati wanita yang ambil 1 gram kalsium sitrat selama 5 tahun berisiko 2 kali ganda lebih tinggi mendapat serangan jantung. 
  5. BERHENTI AMBIL ASPIRIN - Kajian menunjukkan pesakit jantung berdepan peningkatan risiko penyakit jantung apabila berhenti mengambil aspirin.  Jika anda bercadang berhenti ambil aspirin, bincang dahulu dengan doktor anda.

Thursday, 14 June 2012

KATAKAN TIDAK PADA JERAWAT BADAN

Jerawat merupakan keadaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak hingga menyebabkan liang roma tersumbat.  Ini menyebabkan radang yang biasanya muncul pada dada, belakang badan dan muka.
Punca terjadinya jerawat di badan.
  • Ketegangan emosi dan stres yang dihadapi setiap hari. Penghasilan minyak dan sebum di kulit mungkin bertambah dalam keadaan ini.
  • Faktor hormon terutamanya perempuan di awal 20-an. Faktor keturunan juga turut menyumbang.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia tau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Faktor peluh terutama berpeluh ketika sedang tidur.
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Menggunakan kosmetik, pakaian yang ketat yang menutup liang minyak dan menyebabkan masalah jerawat.
Jangan memandang remeh masalah ini.  Walaupun ia tidak dapat dilihat secara luaran namun ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan keyakinan diri kerana ia secara tidak langsung membuakan diri kita berasa tidak selesa.
Bertindaklah dengan segera dan lebih baik mencegahnya lebih awal sebelum menjadi lebih rumit.  Segeralah datang berbekam. Apabila dibekam darah yang akan keluar akan berwarna gelap dan berlendir.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

AMALAN BERBEKAM SUNNAH SEBULAN SEKALI MENSTABILKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Photobucket

Alhamdulillah ramai pengidap penyakit darah tinggi mulai pulih dan tidak lagi mengambil ubatan moden setelah berbekam secara konsisten sebulan sekali. Penyakit darah tinggi perlu rawatan bekam yang konsisten kerana jika dibiarkan kita akan terdedah pada serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.
 
CAJ RAWATAN BEKAM: RM50 untuk 10CUP 
(PERCUMA 1 botol toner Aura Seri-untuk wanita di PJ dan Shah Alam sahaja) 
 
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

JUNK FOOD AKIBATKAN STRESS

   
Tahukah anda, hasil daripada penelitian National Institute of Health and Medical Research mendapati seseorang yang mengambil makanan segera yang mengandungi gula dan lemak tinggi lebih cenderung untuk membuatkan badan mereka lemah serta mudah diserang stres dan depresi.

Berbekamlah dengan segera untuk menghilangkan stres dan depresi anda sekaligus dapat mengembalikan kesegaran dan kesihatan yang lebih baik pada diri anda dengan menghubungi jurubekam kami untuk temujanji.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Wednesday, 13 June 2012

AIR BAIK UNTUK KESIHATAN

 

Minum air pada waktu yang betul memberi kesan mendalam pada tubuh badan manusia.
  • 2 gelas air setelah bangun tidur membantu menggiatkan anggota dalaman.
  • 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
  • 1 gelas air sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah.
  • 1 gelas air sebelum tidur mengelak serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Minumlah Air (H2O)

Tuesday, 12 June 2012

JAGALAH MATA


Alhamdulillah kita masih mampu melihat segala yang ada di dunia ini dengan mata kasar.  Selagi masih boleh digunakan dengan baik, maka eloklah digunakan ke arah yang positif; melihat benda-benda yang membangkitkan semangat, menimbulkan keinsafan dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Mata mempunyai kaitan dengan anggota-anggota badan yang lain.  Mata memainkan peranan yang lebih penting kerana melaluinya tangan dan kaki contohnya, tergerak melakukan sesuatu.

Ucapkanlah 'ALHAMDULILLAH' kepada Allah kerana Dia telah kurniakan satu nikmat yang besar kepada kita.  Dengan adanya mata dan penglihatan, kita masih boleh memandu ke tempat kerja, melakukan kerja-kerja seharian tanpa banyak bantuan dari orang lain dan sebagainya.

Bagaimana untuk mencerahkan mata kita?
  • Minumlah air karot yang mengandungi mineral yang baik untuk kesihatan mata.
  • Lihatlah alam yang berwarna hijau seperti kawasan pergunungan dan pokok-pokok.
  • Melihat Al-Quran dan membacanya pula baik untuk mendapatkan pahala dari amalan mata.
  • Elakkan memandang ke arah perkara-perkara maksiat yang mendatangkan dosa.
  • Amalan berbekam di atas pelipis mata boleh membantu penglihatan mata yang kabur untuk pulih. Kesan lebam akan hilang dalam tempoh 3-5hari atau 5-7hari bergantung kepada kulit individu itu sendiri. 
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA



Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, ada berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. 

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut beliau lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

18 sebab jin merasuk manusia iaitu:
 
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain kurang berzikir dan malas bersolat.  Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan di atas, maka anda sedang terkena gangguan jin. Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah ataupun Berbekam.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

BENTUK-BENTUK SERANGAN JIN TERHADAP JURUBEKAM

Bagi jurubekam yang aktif membekam pesakit yang mengalami masalah gangguan jin/sihir, tak banyak sikit pasti akan diserang oleh jin pesakit tersebut. Apabila diserang, badan jurubekam akan rasa terlalu letih/lesu dan menyebabkan jurubekam banyak menghabiskan masa tidur di atas katil dan malas bekerja. Bila jurubekam mengalami masalah ini kelak, jurubekam perlu sediakan sebaldi air paip dam masukkan sekilo ais, bacakan FATEHAH, KURSI & 3 QUL 1x lalu tiup air tersebut dan mandi pada waktu lepas Asar, InsyaAllah badan akan bertenaga semula seperti biasa.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari