Monday 15 July 2013

SAKIT KEPALA APABILA BANGUN PAGI HILANG SETELAH BERBEKAM


Pada minggu lepas pesakit ini telah datang untuk kali pertama. Beliau mengadu selalu sakit kepala apabila bangun pada setiap pagi.  Beliau tidak ingin berbekam di kepala tetapi ingin cuba untuk berbekam di belakang badan dengan tujuan untuk meringankan masalah angin di dalam badan beliau.

Pada hari ini beliau telah kembali dengan membawa seorang anak perempuan beliau dan seorang adik perempuan beliau untuk dibekam juga bagi mengatasi masalah angin dalam badan.  

Beliau telah memberitahu bahawa sakit kepala beliau terus hilang sejak bekam pada pertama kali itu.  Beliau berasa ringan yang teramat-amat dan tidak lagi mengalami masalah sakit kepala di awal pagi.  Alhamdulillah dengan izin Allah SWT beliau kembali pulih.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam/Puncak Alam/PJ sahaja.  (Limited stock)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

No comments:

Post a Comment