Rawatan bekam sebaiknya dilakukan pada pertengahan
bulan Islam, kerana darah kotor akan berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang
pada puncak gejolak) pada waktu tersebut. Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa:
"Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia
melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21." (HR Ahmad).
Selain itu, memilih hari Isnin, Selasa
dan Khamis amatlah digalakkan. Pemilihan
waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan
terhadap penyakit. Namun demikian, jika pesakit tidak lagi dapat menahan
sakit dan untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan
pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini bagi mengelakkan kemudaratan
yang lebih teruk kepada pesakit jika hendak menunggu ketibaan tarikh
atau hari yang disarankan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam
pada hari apa saja ketika diperlukan.
Berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka anda disarankan untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)
Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)

No comments:
Post a Comment