Wednesday 5 June 2013

BUNYI CAKARAN...

Pada 25 May 2013 seorang pesakit wanita telah datang ke Pusat Terapi Syifa di Seksyen 7, Shah Alam.  Beliau ingin dapatkan rawatan ruqyah dan rawatan aura seri.  Sebelum ini beliau pernah dapatkan rawatan kesihatan di luar di mana beliau dikatakan terlalu stress dan tidak bersemangat dan disarankan untuk mandi ais.

WhatsApp Pesakit Wanita pada 28 May 2013 jam 7:08am.

Assalamualaikum Puan Nott.  Saya ingin bertanya,
Alhamdulillah dah 3 hari saya amalkan mandi ruqyah dan juga aura seri.
Hari pertama lepas saya mandi, saya rasa sakit2 tulang dan sendi.  Serta gatal2 di tubuh badan.
Hari kedua, sakit2 tulang dan sendi dah berkurangan cuma masih gatal2 sedikit pada badan.
Hari ketiga, sedikit sahaja gatal2 cuma malam bila saya dah tidur tiba2 saya terjaga sbb ada satu bunyi seperti cakaran pada telinga sebelah kanan saya.  Tapi Alhamdulillah bunyian cakaran tu tak menyakitkan cuma agak kuat...jadi saya spray dengan toner aura dan juga saya letakkan sedikit air zam-zam...Alhamdulillah setelah tu tiada lagi bunyi cakaran tersebut.

Pada pendapat puan kenapa ye terdapat bunyi cakaran tu?  Dan apa yang perlu saya lakukan sekarang selain berzikir?
Setelah itu saya memberi maklum balas kepada pesakit wanita tersebut dengan menasihat agar dia meneruskan lagi usaha dan amalan sebelum ini seperti biasa dan berterusan.  Bunyi cakaran tersebut mungkin hanya untuk menakutkan beliau dan mematahkan usaha serta semangat beliau terhadap rawatan.  Saya juga mengingatkan beliau untuk terus memohon doa dan berzikir kepada Allah agar dilindungi daripada gangguan tersebut.  Inn Shaa Allah sekiranya pesakit ini beristiqamah di dalam doa, zikir dan amalan beliau, masalah beliau dapat di atasi.  Sama-sama kita mendoakan untuk beliau.

No comments:

Post a Comment