Wednesday, 2 January 2013

SAKIT KEPALA KERANA RESDUNG


Alhamdulillah...sudah ramai yang sedar bahawa sakit kepala yang dihidapi bukan sekadar migrain biasa atau berpunca daripada stress dan tidak cukup tidur.  Tetapi turut berpunca daripada masalah resdung.  Sekarang sudah ramai yang datang untuk mendapatkan khidmat rawatan bekam dan rawatan gurah sekaligus di pusat rawatan kami.

Kebanyakkan mereka akan buat rawatan bekam untuk point migrain sebanyak 10cup/RM50 terlebih dahulu.  Point ini turut membantu untuk baik pulih penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis juga.  Selepas berbekam, pesakit akan buat rawatan gurah pula yang mengambil masa selama 45 minit/RM50/3bulan sekali bagi mengeluarkan lendiran yang terdapat di dalam saluran pernafasan pesakit.

Kebaikkan gurah mampu untuk melancarkan pernafasan, mengatasi masalah migrain, rabun, berkahak, susah tidur, mulut berbau, resdung gatal-gatal di muka/hidung, asma dan melunakkan suara.

Ambillah kesempatan ini untuk cuba merasai kebaikkan dan kelegaan setelah berbekam dan bergurah.  Anda bolehlah hubungi bekam wanita / bekam lelaki / gurah wanita dan gurah lelaki untuk temujanji anda.  Sila rujuk di bahagian kanan blog untuk cawangan yang dikehendaki.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani) 

Caj rawatan gurah: RM50/1sesi=45minit/3bulan sekali 

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH" Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh. (Diriwayatkan dari Abu Ubaidah) Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melakukan rawatan gurah ini suatu masa dahulu.

No comments:

Post a Comment