PEROKOK - Jika seseorang peroko tegar, jarang merokok atau masih
lagi aktif merokok, individu tersebut perpotensi tinggi untuk terkena
penyakit jantung koronari.
INDIVIDU YANG MENGHIDU ASAP ROKOK - Jika anda sering kali
menghidu asap rokok daripada suami dan rakan-rakan, bersedialah, anda
juga berpotensi untuk mendapat serangan jantung koronari.
PENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL - Penghidap penyakit kritikal seperti
kencing manis, darah tinggi dan kolesterol bakal berdepan dengan risiko
penyakit jantung koronari.
MALAS BERSENAM - Individu yang malas bersenam dan mempunyai berat berlebihan.
RAWATAN BEKAM - Salah satu cara mengeluarkan toksin adalah dengan
bekam. "Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan
Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai
perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau
pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis.
Baginda mengharuskan berbekam sebagai cra membuang toksin kerana jika
tidak racun yang ada dalam tubuh boleh mendatangkan penyakit." jelasnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan
bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan
ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)