Amalan berbekam di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa
berdasarkan hadith Ibnu Abbas: حديث ابن عباس " أنه - صلى الله عليه وسلم
- احتجم وهو محرم صائم في حجة الوداع Sesungguhnya RASULLAH S.A.W
berbekam semasa haji wada" dalam keadaan Baginda berihram dan berpuasa."
Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai
Kami menyediakan pelbagai jenis rawatan seperti Rawatan Bekam Wanita | Rawatan Bekam Lelaki | Rawatan Gurah - Resdung Wanita | Rawatan Gurah - Resdung Lelaki | Rawatan Bekam Badan | Rawatan Bekam Wajah - Muka | Bekam Ke Rumah
Friday, 27 July 2012
Tuesday, 24 July 2012
RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH OBESITI & DIABETES
Kegagalan menjaga pola hidup sihat boleh
menyebabkan diabetes dan obesiti. Kedua-duanya merupakan pintu masuk
pelbagai jenis penyakit. Namun, sekiranya rajin mengambil buah-buahan
dalam menu harian, meurut beberapa penyelidikan, kedua-dua jenis masalah
kesihatan ini bukanlah lagi menjadi satu ancaman. Selain itu, dengan
membuat rawatan bekam mampu mengeluarkan darah kotor yang mengandungi
urid asid di dalam badan. Badan anda akan menjadi sihat dan segar
selepas berbekam.
Percuma 1 botol toner aura seri untuk 10cup ke atas. 1cup=RM5
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam
di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari
72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT MIGRAIN
Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit
kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala
yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan
mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.
Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud
sakit sebelah kepala. Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh
menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.
Segeralah hubungi kami untuk mendapatkan rawatan bekam bagi mengurangkan masalah sakit migrain anda.
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam
di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari
72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
Monday, 23 July 2012
DOA PENDINDING DAN PENGGERAK
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu
doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu
petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala
kemudaratan di sepanjang hari tersebut.
Faedah mengamalkan doa ini ialah:
- Terhindar diri daripada bahaya.
- Terhindar diri daripada kemudaratan makanan.
- Terhindar diri daripada sihir.
- Terhindar diri daripada gangguan makhluk halus.
Firman
ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi
penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang
zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
RAWATAN BEKAM RESDUNG
Bekam Darah Merawat Masalah Muka/Resdung RM30
- Gatal-gatal di hidung dan lubang telinga
- Gatal-gatal di tekak, langit-langit dan lidah
- Gatal-gatal pada mata dan berair
- Gatal-gatal pada kulit kepala serta rambut gugut
- Hidung akan berair dan meleleh
- Miang di seluruh badan
- Bersin, sakit kepala dan migrain
- Pecah kuku atau makan cekam
- Jerawat batu dan jerawat biasa
KEBAIKAN RAWATAN BEKAM DI BULAN RAMADHAN
Lebih baik jika sepanjang anda berpuasa, anda mengamalkan pengambilan
makanan atau minuman tambahan seperti jus buah-buahan ataupun vitamin
untuk tubuh. Ini adalah perlu agar anda kekal cergas walaupun
berpuasa. Jika anda segar dan cergas, tidak timbul masalah badan lemah
kerana metabolisme badan anda berada di tahap yang baik.
Namun, 3 biji kurma setiap kali bersahur dan berbuka sudah memadai. Membuat rawatan bekam untuk sekali di bulan Ramadhan ini juga adalah digalakkan bagi menjaga kesihatan yang baik agar berpanjangan. Ia dapat membantu membuang segala toksid dan urid asid di dalam badan kita terutama apabila kita berbuka dengan beraneka juadah berbuka yang menyelerakan.
Caj rawatan: Rawatan bekam stress 10cup=RM50 @ Rawatan bekam overhaul 22cup=RM110
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Sunday, 22 July 2012
RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH GASTRIK @ ASID REFLUKS
Asid refluks adalah satu keadaan apabila jus gastrik yang mengandungi
asid masuk kembali semula daripada perut dan masuk ke dalam esofagus.
Gejala-gejalanya:
- Pedih hulu hati
- Makanan yang dimakan naik semula ke atas mulut.
- Sakit dada
- Kesukaran untuk menelan
- Suara serak, hakisan gigi dan asma
Sebab-sebabnya:
- Keabnormalan perut
- Kehamilan
- Merokok
- Makanan yang mencetus asid refluks seperti oren, kopi, teh, minuman bergas, makanan bergoreng
- Terlalu berat atau obes
- Memakan hidangan besar dan selepas itu berbaring atau membongkok
- Makan makanan ringan sebelum tidur atau berbaring selepas makan
- Mengambil aspirin atau ibuprofen, penenang otot atau ubatan tekanan darah tertentu
- Senaman yang boleh menyebabkan asid refluks melalui cara peningkatan tekanan dalam rongga abdomen.
Dianjurkan membuat rawatan bekam di sekitar perut dan belakang badan.
Caj rawatan: 10cup = RM50
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam
di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari
72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
MENGAPA KURMA?
Buah kurma dapat meneutralkan bahagian dalam perut dan membantu proses
detoksifikasi setelah seharian berpuasa. Makan makanan yang ringan
seperti kurma pada awal berbuka puasa dapat memberi tempoh pada sistm
pencernaan anda untuk menerima makanan yang berat.
Selain itu, ia juga dapat membantu tubuh bekerja dengan lebih baik ketika berpuasa. Ia dapat menyalurkan tenaga segera, meningkatkan gula darah dan menambah daya tahan tubuh di samping membantu penyembuhan setelah sakit.
KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak."
Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."
Khasiat kurma Ajwah sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Taala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW.
Terdapat juga di dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa AS sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."
Rasulullah SAW juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barawang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."
RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH KULIT
Mengambil makanan bergoreng dan pedas dalam jumlah yang banyak akan
menyebabkan kandungan asid dalam tubuh meningkat sekali gus menambahkan
masalah kulit. Sebaiknya, gantikan dengan pengambilan rempah ratus
seperti halia yang baik untuk pencernaan dan juga kesihatan kulit.
Tahukah anda bahawa dengan rawatan bekam juga mampu mengatasi masalah kulit seperti gatal-gatal, berkudis, jerawat dan sebagainya. InsyaAllah masalah kulit yang dihadapi akan sembuh dengan beberapa kali rawatan.
Caj Rawatan: 1cup=RM5
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam
di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari
72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
Sunday, 15 July 2012
RAWATAN BEKAM KURANGKAN TABIAT SUKA TIDUR
Elakkan tidur terlalu lama kerana ia
akan membuatkan tubuh anda teramat letih. Tidur yang berlebihan bukan
satu terapi lagi. Ia bukan sahaja membuatkan mata mudah letih tetapi
menyebabkan anda mengalami rasa sakit badan.
Segeralah hubungi kami untuk membuat
rawatan bekam. Anda boleh memilih untuk membuat rawatan bekam stress dan
kelesuan di sekitar badan sahaja (RM50/10cup) atau rawatan bekam
overhaul di sekitar badan dan kaki (RM110/22cup)
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam
di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari
72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
RAWATAN BEKAM UNTUK ELAKKAN GOUT
Gout terjadi disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah.
Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid
urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi
dan ini akan menyebabkan sendi mengalami sakit, sukar digerakkan,
pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu
jari kaki.
Caj Rawatan: RM50/10 cup
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam
di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari
72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
Thursday, 12 July 2012
RAWATAN BEKAM UNTUK MENGATASI MASALAH GANGGUAN
Bagi mereka yang mengalami masalah
gangguan digalakkan untuk membuat rawatan bekam selain rawatan ruqyah
bagi menawarkan gangguan yang sedang dihadapi oleh pesakit.
Petanda-petanda terkena sihir :-
-Sakit kepala/dada/pinggang/tulang belakang selepas waktu asar tanpa sebab klinikal.
-Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi
-Kerap bermimpi ular hitam
-Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
-Muntah darah
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Badan sering panas ketika malam
-Badan terasa seram-sejuk bila malam
-Kelesuan badan
-Sukar tidur malam
Caj rawatan: RM90/18cup
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti
mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah
R.A.)
KEBAIKAN KEKERAPAN MINUM MADU BAGI PESAKIT GANGGUAN
Bagi pesakit gangguan jin, anda digalakkan untuk minum madu sekerap yang mungkin
selama sebulan, anggaran dalam minum 7-9 sudu sehari dan ia bertujuan
untuk meningkatkan tenaga badan serta menawarkan sebarang unsur racun di dalam badan. Ini
kerana badan kita pasti lemah apabila diserang oleh gangguan serta badan turut
mengalami bisa-bisa kerana jin/sihir selalunya ada unsur-unsur
racun. Madu sebaiknya diruqyah terlebih dahulu dengan dibacakan
surah-surah lazim seperti Al-Fatehah, kursi dan 3 qul dengan ulangan 7x lalu
ditiup 10saat pada madu tersebut.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
HABBATUS-SAUDA PENAWAR SETIAP HARI
Sejak ribuan tahun dahulu, Nigella
Sativa, nama umumnya jintan hitam atau lebih dikenali sebagai
Habbatus-Sauda, mempunyai ciri perubatan yang dapat meningkatkan sistem
ketahanan tubuh, sekaligus menjanjikan tahap kesihatan yang baik bagi
kaum lelaki dan wanita. Ia juga dapat mengatasi kepenatan dari aktiviti
harian anda.
Kini Habbatus-Sauda boleh didapati di dalam bentuk pil. Boleh didapati di kedai kami dengan harga RM18/sekotak/24biji.
Di dalam kitab sahih Bukhari Muslim,
Abu Hurairah R.A. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda: "Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya
ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati".
RAWATAN BEKAM MENAWARKAN LEBIHAN GULA DALAM DARAH
Bersahur terlalu kenyang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah
melonjak sekali gus meningkatkan penghasilan hormon insulin dan lemak.
Akibatnya, tubuh mudah lesu dan mengantuk. Minum banyak saat bersahur juga disarankan untuk menjaga agar terhindar daripada dehidrasi (kekurangan cairan tubuh). Minum air tidak semestinya air putih semata-mata tetapi minum teh, susu, jus buah-buahan, koktel bahkan kuah sayur juga dikira sebagai cecair.
Segeralah buat rawatan bekam dan hubungi kami untuk temujanji anda.
"Aku tidak berjalan dihadapan
sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka
berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umat kamu agar berbekam"
(Shajihu Al-Jami' 5671)
KURMA DI BULAN RAMADHAN...
Kurma, selain berguna untuk membekalkan tenaga, juga kaya dengan gizi
makanan berupa kalium, magnesium, niasin dan serat. Kurma, jus dan sup
merupakan sumber tenaga yang baik, yang mampu membantu mengekalkan
keseimbangan air dan mineral tubuh.
Berbuka dengan segelas air dan tiga biji kurma sudah mencukupi semasa berbuka kerana ia sememangnya berkhasiat.
Sunday, 8 July 2012
RAWATAN BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT GOUT
Gout terjadi disebabkan oleh peningkatan paras darah beku di dalam
arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh
membentuk hablur atau kristal. Gout terjadi disebabkan pengambilan
makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal, limpa,
jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan
sebagainya).
Gout juga terjadi pada lelaki yang menghidap penyakit darah yang berlebihan (polycytheamia rubra vera, anemia hemolitik dan leukemia). Selain itu cuaca yang terlalu sejuk, pengambilan ubat bagi penyakit tertentu dan kelesuan turut menyumbang kepada berlakunya gout.
Caj Rawatan: 10cup/RM50
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
RAWATAN BEKAM BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH OBESITI
Obesiti didefinisikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat
kandungan lemak. Penyebabnya adalah faktor genetik, kurang bersenam,
tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan makanan yang
berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom
metabolik.
Caj Rawatan: Bekam Overhaul 22 cup/RM110.
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
Subscribe to:
Posts (Atom)

