Sunday, 8 July 2012

RAWATAN BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT BATU KARANG


  
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur.  Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan akan bertukar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau Galistone.  Batu karang terjadi disebabkan kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur, kesan sampingan ubat, kurang bersenam, dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Caj Rawatan: 1cup/RM5 dan pengambilan kapsul tunjuk langit 1botol/RM25 (ambil 1bj pagi & 1 bj malam)
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI


   
 
Penyakit yang turut dikenali sebagai hipertensi ini merupakana tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.  Punca berlakunya tekanan darah tinggi adalah pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok, alkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.

Caj Rawatan: 10cup/RM50

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK KANSER PANKREAS


   
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan.  Kanser pankreas bermula daripada lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum.  Penyebab kanser pankreas adalah faktor pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi dalam kekerapan serta kuantiti yang tinggi, diabetes dan merokok.  

Caj Rawatan: 1cup/RM5

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK STROK


     
Strok merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba.  Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.  Strok terjadi disebabkan faktor usia terutamanya pada lelaki yang usianya melebihi 55 tahun, jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok), diabetes, genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok.

Caj Rawatan: 1cup/RM5

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK KENCING MANIS


  
Juga dikenali sebagai diabetes mellitus.  Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas). Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein.

Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.  Antara penyebab penyakit adalah faktor genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.

Caj Rawatan: 10cup/RM50

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT SEKATAN PERNAFASAN KRONIK (COPD)


       
COPD ialah gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan mengehadkan aliran udara. Penyebab utama penyakit ini adalah tabiat merokok.

Caj Rawatan: Dianjurkan untuk buat rawatan bekam overhaul 22cup/RM110.

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT JANTUNG



    @   
Digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernagas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku. Punca berlakunya penyakit sakit jantung adalah asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis.

Caj Rawatan: 10cup/RM50 (3 cup di dada kiri dan 7 cup di belakang badan)

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

Thursday, 5 July 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT RESDUNG

  

PENYAKIT RESDUNG

Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran. Debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuh-tumbuhan selalu dikaitkan dengan kejadian alahan ini.

Beberapa agen lain yang boleh menyebabkan alahan termasuk pelbagai jenis:-
  1. bijirin,
  2. bulu binatang serta beberapa bahan pelarut kimia. Asap rokok,
  3. habuk kapur tulis,
  4. debu tanah dan udara yang tercemar merupakan beberapa agen yang boleh menyebabkan seseorang mengalami alahan.
Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. Andai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul.

Tetapi tidak semua orang akan menjadi alah kepada agen-agen ini. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Terdapat individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap agen-agen tersebut. Bagi mereka yang hipersensitif (keadaan di mana daya ketahanan yang terlalu kurang) pendedahan kepada agen-agen ini boleh menimbulkan masalah lain seperti lelah atau asma. Ini kerana alahan dan asma boleh disebabkan oleh agen yang sama.

Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan yang besar untuk mengalami asma. Ada juga yang mewarisi ciri-ciri alahan ini daripada keluarga. Gejala atau tanda seseorang itu mengalami alahan akan timbul setelah beberapa minit membran mukus hidung terdedah kepada sesuatu agen. Keadaan ini akan memulakan satu tindakan antigen-antibodi dan keradangan.

Antara gejala-gejala yang kelihatan ialah:

1. hidung tersumbat dan berair,
2. gatal-gatal hidung dan bersin yang berulang.

Dalam keadaan alahan biasa, rembesan hidung yang pekat dan bernanah tidak mungkin berlaku kecuali terjadi jangkitan. Seseorang mungkin akan kehilangan deria bau dan rasa apabila hidung tersumbat berterusan. 

Segeralah hubungi kami untuk temujanji rawatan bekam anda.

TANDA-TANDA PENYAKIT RESDUNG


   

Tanda-tanda anda terkena penyakit resdung:
  1. Hidung gatal
  2. Hidung bengkak, berair
  3. Hidung sakit, pedih dan berbau
  4. Pernafasan berbau busuk
  5. Sering bersin apabila anda terkena sejuk, embun pagi dan malam
  6. Muga gatal-gatal merenyam
  7. Tidak tahan terkena cahaya matahari
  8. Resdung mata pula, mata menjadi gatal, pedih, kelabu
  9. Sering sakit kepala
Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:
  1. Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  2. Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
  3. Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  4. Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
  5. Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
  6. Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
  7. Selalu basuh barang permainan yang lembut.
  8. Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
  9. Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
  10. Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
  11. Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
  12. Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.  
Segeralah hubungi kami untuk temujanji rawatan bekam anda.

Wednesday, 4 July 2012

RAWATAN BEKAM DI TENGKUK MERAWAT MASALAH MIGRAIN

Bagi pesakit migrain di luar sana yang takut untuk berbekam di kepala, sebagai pilihan anda boleh buat rawatan bekam di tengkuk dan leher bagi mengubati migrain anda. Tengkuk dan leher adalah kawasan pembuluh utama darah pada keseluruhan sistem badan.  Berbekam pada kawasan tersebut ibarat filter yang menapis segala darah kotor/toksid yang bergerak ke arah kepala.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

AMALAN RAWATAN BERBEKAM MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN DIRI


 









Bagi individu di luar sana yang sering mengamalkan perubatan bekam sunnah, anda pasti menyedari bahawa kualiti kesihatan badan anda akan terasa meningkat dari masa ke semasa. Rawatan bekam secara umum adalah proses penyahtoksidan badan melalui pengeluaran darah kotor, jadi jika kita kerap berbekam, maka semakin hari semakin kuranglah kandungan toksid dalam darah dan dalam masa yang sama semakin banyak penghasilan sel darah merah yang baru serta sel darah putih yang menyumbang kepada peningkatan antibodi dalam badan amnya...inilah namanya mukjizat bekam...

FAKTOR YANG MENINGKATKAN PENGELUARAN DARAH KOTOR SEMASA RAWATAN BEKAM

 
  1. Bekam lebih utama apabila dilakukan pada pagi hari setelah bangun tidur (sebelum makan).
  2. Begitu pula waktu siang lebih utama daripada waktu malam.
  3. Begitu pula pada musim panas lebih utama daripada musim sejuk.
  4. Demikian pula di negara-negara beriklim panas lebih utama daripda di negara-negara beriklim sejuk.

Tuesday, 3 July 2012

MASALAH JANTUNG DAPAT DIRAWAT DENGAN EFEKTIF MELALUI RAWATAN BEKAM

Bagi mereka yang mengalami masalah jantung, kaedah bekam adalah kaedah yang efektif dan termurah untuk mengatasi masalah tersebut. Anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi.  Titik bekam merawat jantung adalah 3 titik sekitar jantung bahagian depan badan dan 7 titik sekitar belikat,tengkuk dan tulang kipas bahagian belakang badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH KEGEMUKAN

  
 
Kegemukan bukan hanya kerana banyak makan dan kurang bersenam tetapi keadaan kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon dan kekurangan vitamin turut menjadi faktor.  Selain itu, terdapat juga faktor lain yang terlibat iaitu:
  • Kemurungan
  • Kesan sampingan ubat
  • Gangguan pencernaan yang lambat
  • Kurang nutrisi
  • Penuaan
  • Penyakit otot dan tulang
  • Berat badan disertai dengan tekanan darah tinggi
Rawatan bekam yang dicadangkan ialah Bekam Overhaul 22cup/RM110 (percuma 1 toner aura seri untuk muka, terhad kepada Wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja) 
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.) 

KOSMO 1 JULAI 2012: BEKAM SIHIR


  1 Julai 2012




BAHAGIAN kepala dan tengkuk akan dibekam bagi mengurangkan kesan sihir.


SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit.

Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang.

Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir.

Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan.

"Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.

"Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir.

"Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir kerana urusan kerja, dadanya akan sakit.

"Mangsa sihir rumah tangga pula sakit di pinggang manakala mangsa akibat sihir pelaris, mereka terpaksa berdepan dengan kesakitan yang teruk di kaki pada waktu tertentu," ujar Ahmad.

Selama dua tahun mempraktikkan bekam sihir, Ahmad berkata, kaedah rawatan yang disertai amalan bacaan ayat-ayat rukyah itu dapat mengurangkan pengaruh gangguan sihir terhadap pesakit.

"Sebelum memulakan rawatan, perawat perlu membaca ayat Kursi disusuli dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas bagi mengelak aura sihir daripada badan pesakit berpindah ke tubuh perawat.

Sihir berjangkit 

"Kebanyakan perawat bekam sihir di pusat ini pernah menerima tempias ilmu sihir daripada pesakit sehingga ada yang serik untuk menjadi perawat lagi," katanya.

Ditanya tentang bentuk gangguan yang diterima, Ahmad memberitahu, ada perawat yang mengalami bisa-bisa badan, demam, hilang semangat dan mendapat mimpi yang kurang baik.

Berpeluang melihat proses rawatan bekam sihir ke atas seorang pesakit, dapat disimpulkan bahawa teknik berbekam sihir dan bekam darah tiada bezanya melainkan pesakit disarankan mengamalkan ayat-ayat rukyah.

"Kaedah bekamnya sama sahaja. Dengan menggunakan sarung tangan getah, perawat akan mengenal pasti urat yang betul sebelum menekapnya dengan cawan bekam yang telah disteril bagi menjamin kebersihan dan pembasminan bakteria serta virus secara maksimum.

"Setelah itu, barulah kawasan tersebut dicucuk dengan jarum pakai buang yang dikhaskan untuk berbekam.

"Proses sedutan darah biasanya dilakukan sebanyak dua hingga tiga kali bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor," ujar Ahmad.

Darah berwarna merah gelap yang berketul-ketul seperti jeli itu dikatakan mengandungi toksik, asid urik, kolesterol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.

Pada akhir rawatan bekam, darah kotor akan dibersihkan dan kawasan bekam disapu dengan kapas beralkohol untuk menyahkan kuman.

"Selepas berbekam, pesakit akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pembuangan toksik daripada badan.

"Ia juga boleh mengurangkan 50 hingga 60 peratus gangguan sihir dalam badan kerana jin hanya akan bergerak mengikut aliran darah yang kotor.

"Jika darah yang kotor dibuang, Insya-Allah gangguan sihir dapat dikurangkan malah dihapuskan secara berperingkat," ujar Ahmad.

Ditanya mengenai pantang larang sebelum menjalani rawatan bekam sihir, dia menjawab, pesakit dianjurkan berpuasa sehari sebelum temu janji bekam. Jika tidak berpuasa, pastikan perut dikosongkan dua jam sebelum berbekam.

Selepas berbekam pula, pesakit nasihatkan tidak makan dan tidur selama dua jam.

"Rawatan bekam adalah sunah Rasulullah untuk mengubati 93 jenis penyakit klinikal selain gangguan jin.

"Bagi yang sihat tubuh, saya mengesyorkan mereka menerima rawatan bekam sunah ini sebulan sekali manakala bagi yang berpenyakit sama ada klinikal mahupun gangguan jin, rawatan perlu disusuli seminggu sekali sehingga sembuh," jelasnya.

Sunday, 1 July 2012

RAWATAN AURA SERI RM50



     
 
Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.

Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan, tenang fikiran, menambah keyakinan diri, fokus pada kerjaya, bisnes, menyerikan wajah, meringankan jodoh, menyembuhkan santau, sihir & saka.

Bahan yang perlu disediakan:-
- 2 botol kecil air mineral atau 1botol besar air mineral
- 9 biji limau nipis
- 9 kuntum bunga yang wangi (seeloknya berlainan jenis @ setiap jenis 3 kuntum)

Pelanggan juga akan diberikan 1 botol toner aura seri PERCUMA untuk digunakan pada muka.

Info lanjut: www.rawatanauraseri.com

RAWATAN AURA SERI IALAH RAWATAN 6in1





Khasiat rawatan aura seri ialah :-
  1. Menawarkan bisa santau
  2. Menawarkan masalah sihir
  3. Buang saka
  4. Menghilangkan wajah kusam
  5. Menyerikan wajah
  6. Meringankan jodoh 
Info lanjut: www.rawatanauraseri.com

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

MENGAPA WAJAH KUSAM DAN TIDAK BERSERI?


Bagi mereka di luar sana yang mengalami masalah wajah kusam tak bermaya, hidup tak bersemangat, hilang fokus dalam kerjaya, pelajaran, perniagaan dan juga berputus asa dalam mencari jodoh, saya syorkan anda mendapatkan rawatan aura seri dari pihak kami.

Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri. Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan, tenangkan fikiran, menambah keyakinan diri, fokus pada kerjaya, bisnes, menyerikan wajah, meringankan jodoh, menyembuhkan santau, sihir & saka

Untuk menghilangkan wajah kusam, sila jalani rawatan aura seri dengan perawat aura seri kami iaitu:-

Pn Nott 019-285 2849 di PJ
Cik Intan 019-430 8836 di Shah Alam
 
Muallij Zali 012-346 3416 di PJ 
Muallij Ahmad 019-307 9883 di Shah Alam

Info lanjut: www.rawatanauraseri.com

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Hujung minggu ini bulan mengambang penuh di mana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum, bagi penggemar tarikh sunnah hari Sabtu, Isnin dan Rabu adalah tarikh 17/19/21 kalendar Islam. Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.

7 Julai 2012 = 17 Syaaban 1433H (Sabtu)
9 Julai 2012 = 19 Syaaban 1433H (Isnin)
11 Julai 2012 = 21 Syaaban 1433H (Rabu)

Untuk temujanji anda, sila hubungi perawat-perawat kami mengikut cawangan dan perkhidmatan yang dikehendaki seperti berikut:-
  1. Pembekam Lelaki PJ - Muallij Zali 012-346 3416
  2. Pembekam Wanita PJ - Pn Nott 019-285 2849
  3. Pembekam Lelaki Shah Alam - Muallij Ahmad 019-307 9883
  4. Pembekam Wanita Shah Alam - Cik Intan 019-430 8836
  5. Pembekam Lelaki Sg Petani - En. Shazry 017-403 4940
  6. Pembekam Wanita Sg Petani - Pn Ana 017-424 0064
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Friday, 29 June 2012

AMALAN MALAM NIFSU SYAABAN



Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.
 
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. 

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
 
Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.