Monday 7 October 2013

ADAT BERBEKAM SEBELUM DAN SELEPAS BEKAM

Paling baik berbekam sebelum makan dan minum kecuali jika seorang itu lemah, eloklah makan dahulu.  Terdapat hadis yang menyebut, "Berbekam sebelum makan dan minum paling baik untuk penyembuhan di samping menguatkan ingatan" (Sunan Ibnu Majah, dari Ibnu Umar).

Selepas berbekam, jangan makan makanan masin supaya badan tidak terumbang-ambing, jangan makan susu masam dan juga susu itu sendiri (jika minum susu atau susu masam akan menyebabkan sopak), juga jangan makan delima masam (kerana boleh menyebabkan kudis atau penyakit kulit dan lumpuh sebelah badan)

No comments:

Post a Comment