Wednesday 6 June 2012

PENYAKIT TIBI

INFO
  • Sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.
  • Berjangkit melalui cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman tibi apabila pesakit tibi batuk, bercakap atau bersin.
  • Biasanya menyerang bahagian paru-paru tetapi boleh juga merebak pada mana-mana bahagian tubuh melalui aliran darah di dalam badan seseorang seperi buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang dan otak.
  • Tanda-tanda penyakit tibi ialah batuk berpanjangan melebihi 2 minggu, batuk berdarah, mudah letih serta lemah badan dan demam berpeluh terutama pada waktu petang atau malam.
  • Golongan berisiko tinggi yang mudah mendapat jangkitan penyakit tibi ialah pesakit HIV dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan buah pinggang.
  • Rawatan doktor biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan.
Anda disyorkan untuk berbekam di sekitar tengkuk, leher, bahu dan belakang badan 10cup dan mengamalkan minum madu 3 sudu pagi dan 3 sudu malam bagi pesakit yang tidak mengalami kencing manis yang teruk.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:

Post a Comment